Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1703515705:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 209
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 149438
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-98283
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:107:"Ia merupakan himpunan secara aman justeru tidak memerlukan permit di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => palestin
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Penganjur himpunan ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ telah menghantar surat kepada polis berhubung penganjuran himpunan terbabit yang
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752165151";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:16;i:1;}}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751607062";s:5:"count";i:3;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:5;i:10;i:1;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752165151
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-98283
        )

)
Aksi Solidariti: Kepung Demi Palestin: ‘Ia perhimpunan aman, tidak perlu permit’ | Scoop

Aksi Solidariti: Kepung Demi Palestin: ‘Ia perhimpunan aman, tidak perlu permit’

Ia merupakan himpunan secara aman justeru tidak memerlukan permit di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012

9:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penganjur himpunan ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ telah menghantar surat kepada polis berhubung penganjuran himpunan terbabit yang akan diadakan selama enam hari di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) mulai esok.

Menurut Setiausaha Agung Parti Muda, Amir Hariri Abd Hadi, ia merupakan himpunan secara aman justeru tidak memerlukan permit di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012.

“Penganjur hanya perlu memaklumkan kepada polis.

“Kami ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam namun mereka enggan menerima surat kerana mereka hanya boleh menerimanya pada waktu dan hari bekerja sahaja.

“Kita juga telah memberikan surat kepada Menteri Dalam Negeri,’’ katanya kepada Scoop di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Amir berkata, penganjur akan mengadakan sidang media pada jam 11 malam esok bagi mengumumkan jadual program himpunan berkenaan untuk tempoh lima hari.

Sebanyak 48 organisasi terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), gerakan mahasiswa dan organisasi politik akan menyertai bantahan #Kepung Demi Palestin yang akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini selama enam hari bermula esok.

Menerusi perkongsian di aplikasi X hari ini, Amir berkata bantahan itu bagi menuntut gencatan senjata dilaksana di Gaza berikutan kekejaman berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

“Aksi #Kepung Demi Palestin yang akan berlangsung esok, disokong oleh 48 organisasi. Kita bersatu demi Palestin.

“Jumpa semua jam 10 malam esok, di hadapan Masjid Tabung Haji! Kita tuntut gencatan senjata sekarang!,” katanya.

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supritendan Ashari Abu Samah memaklumkan pihaknya setakat ini tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak berhubung penganjuran piket ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ tersebut.

Ashari berkata polis juga tidak menerima sebarang permohonan permit daripada penganjur Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) bagi mengadakan piket berkenaan. – 25 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Shuhaily new Bukit Aman CID director

Kuala Lumpur police chief Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain has been appointed as the Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director effective Ogos 30

Cuepacs sokong syor tiada kenaikan pangkat jika ketua jabatan tutup mata amalan rasuah

Pmbaharuan yang dilaksanakan Perdana Menteri itu tidak menggambarkan salah laku yang tinggi dalam perkhidmatan awam, sebaliknya hanya usaha untuk mentransformasikan perkhidmatan awam ke arah lebih baik

Gangguan dalam industri p-hailing: Protes, politik dan struktur pembayaran

Scoop difahamkan, pertemuan diadakan pada 30 Januari lalu untuk menangani kebimbangan pertubuhan berkenaan terhadap struktur pembayaran

Related