Langkah Dubai: ‘Saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya’

Langkah Dubai didakwa didalangi pembangkang bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan

5:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Tiada komen, saya pun tidak tahu sejauh mana kebenarannya”.

Itu tegas Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Syahredzan Johan ketika dihubungi Scoop mengenai Langkah Dubai yang didakwa didalangi pemimpin parti pembangkang termasuk wakil tertentu kerajaan, dengan matlamat menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya sama ada beliau mempunyai maklumat mengenai perkara itu, Syahredzan yang juga Ahli Parlimen Bangi enggan mengulas mengenainya.

Media hari ini melaporkan pendedahan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop mengenai Langkah Dubai terbabit.

Dakwanya, ia timbul sewaktu percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk dari pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Syahredzan Johan menegaskan, beliau tidak tahu menahu mengenai Langkah Dubai yang didakwa didalangi pemimpin parti pembangkang termasuk wakil tertentu kerajaan. – Gambar Facebook Syahredzan Johan, 30 Disember, 2023

Beliau mendakwa, pertemuan itu berlangsung untuk berunding selain menetapkan tugas tertentu kepada ‘pegawai’ yang dipertanggungjawab untuk mengenal pasti ahli Parlimen yang berpotensi beralih sokongan kepada pembangkang dengan sogokan, semata-mata mahu menubuhkan kerajaan ‘tebuk atap’,

Selain pemimpin PN, beliau mendakwa ada juga pembabitan tokoh politik veteran berpengaruh berpangkat Tun yang bersekongkol dengan pembangkang termasuk dikatakan menggunakan ‘sumber asing’ untuk menggulingkan pentadbiran diterajui Anwar.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut mengakui, tidak tahu-menahu mengenai ‘perancangan’ atau pihak yang menggerakkan Langkah Dubai. – Gambar Scoop, 30 Disember, 2023

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang diajukan persoalan sama mengakui tidak tahu-menahu mengenai ‘perancangan’ atau pihak yang menggerakkan Langkah Dubai itu.

“Aku (saya) tak tahu-menahu. Maaf, tak dapat membantu (maklumat mengenai Langkah Dubai),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – 30 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Related