Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1703953608:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 336
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 151076
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:146:"Rata-rata netizen bukan sahaja mengecam tindakan samun itu, tetapi juga melahirkan kebimbangan dengan kejadian jenayah yang semakin teruk di Klang";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => samun lampu isyarat
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Rata-rata netizen bukan sahaja mengecam tindakan samun itu, tetapi juga melahirkan kebimbangan dengan kejadian jenayah yang semakin teruk di Klang
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 53
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748428703";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:10;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748701418";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:3:{i:13;i:1;i:9;i:1;i:14;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748701418
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Lelaki disamun di lampu isyarat selepas keluarkan wang | Scoop

Lelaki disamun di lampu isyarat selepas keluarkan wang

Rata-rata netizen bukan sahaja mengecam tindakan samun itu, tetapi juga melahirkan kebimbangan dengan kejadian jenayah yang semakin teruk di Klang

12:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengguna media sosial dikejutkan dengan video memaparkan seorang pemandu kereta ‘diserang’ dua individu berparang dalam kejadian yang dikatakan berlaku di Bayu Perdana, Klang.

Menerusi video berdurasi 56 saat yang tular di media sosial, kereta dipandu lelaki itu sedang berhenti di lampu isyarat merah, sebelum didatangi kedua-dua suspek yang berpakaian serba hitam, termasuk hoodie dan pelitup muka.

Suspek kemudian bertindak memukul cermin di sebelah pemandu dan di bahagian penumpang hadapan kereta jenis Mercedes dinaiki mangsa itu untuk memecahkannya, bagi mengambil sebuah beg diisi wang.

Video dirakam kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan lain itu, menunjukkan mangsa cuba memandu keluar daripada laluan terbabit bagi mengelakkan suspek mengambil beg terbabit, namun gagal memandangkan kereta di hadapannya sedang berhenti kerana lampu isyarat masih merah.

Beberapa saat kemudian, seorang daripada suspek berjaya mengambil beg terbabit sebelum kedua-duanya segera melarikan diri.

Lelaki itu kemudian keluar daripada kereta dan disapa beberapa penunggang, sebelum dia masuk semula ke dalam kenderaannya.

Melalui maklumat dikongsi pengguna media sosial, mangsa dikatakan baru sahaja mengeluarkan sejumlah wang daripada bank, sebelum ‘dikejar’ suspek.

Rata-rata netizen bukan sahaja mengecam tindakan dua lelaki terbabit yang dianggap sangat kurang ajar dan meluahkan simpati terhadap nasib menimpa mangsa, tetapi juga melahirkan kebimbangan dengan kejadian jenayah yang semakin teruk di Klang.

“Gila betul. 2 penyamun tu lari naik Toyota Yaris,” kata @mandarinjer.

“Kes di Bayu Perdana katanya. Apalah nak jadi dengan Klang ni, makin lama makin seram,” ujar seorang pengguna.

“Allahuakbar, takutnya, dah lah kita selalu drive seorang dan buka tingkap sikit,” komen @feera.

“Kesiannya lelaki tu, patut kereta belakang langgar je penyamun ni,” respons pengguna.

“Omg bahayanya walau siang hari,” @Lynxx.

“Apapun alhamdulillah dia selamat, duit boleh cari,” kata seorang pengguna lain. – 31 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Umur persaraan hakim syarie dicadang dinaikkan kepada 66 tahun

Umur persaraan Hakim Mahkamah Syariah di negara ini, dicadang dilanjutkan daripada 60 tahun kepada 66 tahun ketika ini.

Pembangkang patut semak imbang Kerajaan Perpaduan secara munasabah, ‘laksana tanggungjawab moral anda’: Najwan

Pembangkang dicabar memainkan peranan mereka sebaik mungkin untuk melakukan ‘semak dan imbang’ dengan munasabah dalam situasi kestabilan pentadbiran ditunjukkan Kerajaan Perpaduan ketika ini

Warga Bangladesh dalang utama sindiket Program Rekalibrasi 2.0 ditahan

Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket Program Rekalibrasi 2.0 dalam satu operasi khas semalam dengan penahanan seorang lelaki warga Bangladesh yang disyaki sebagai ‘dalang utama’ sindiket berkenaan

Related