Bendera Sarawak kini dikenali sebagai Ibu Pertiwi: Abang Johari

Menurut Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini bendera Sarawak tidak mempunyai sebarang nama tersendiri seperti bendera Malaysia yang digelar Jalur Gemilang

8:32 AM MYT

 

KUCHING – Bendera negeri Sarawak kini dikenali sebagai ‘Ibu Pertiwi’, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari mengumumkan perkara itu semasa berucap pada majlis sambutan ambang tahun baharu peringkat negeri yang diadakan di Tebingan Kuching di sini, malam tadi.

Menurut Abang Johari sebelum ini bendera Sarawak tidak mempunyai sebarang nama tersendiri seperti bendera Malaysia yang digelar Jalur Gemilang.

“Ibu Pertiwi membawa maksud kedaulatan kepada Sarawak, ia juga menunjukkan kehebatan negeri Sarawak dengan warna (bendera) merah, hitam dan kuning.

“Semua anak Sarawak hendaklah tekad bekerja kuat mempertahankan Ibu Pertiwi dan sama-sama membangun negeri ini agar lebih maju,” katanya.

Antara pengisian sambutan ambang tahun baharu bertemakan ‘Let’s Celebrate Together’ itu ialah persembahan pentas, pertunjukan bunga api serta acara kiraan detik tahun baharu.

Sambutan dimeriahkan dengan persembahan artis popular tanah air seperti Datuk Amy Search dan Datuk Zainal Abidin selain perasmian tiang bendera Sarawak. – 1 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

No leak, just a list: MoE on SPM 2024 History paper scandal

Ministry clears up allegations of leaked exam paper after screenshot of chat goes viral

Sexual assault against children up 21% in 2023: DoSM

1,389 cases reported last year, compared to 1,147 in 2022

Related