Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1704180851:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 264
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 152024
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:94:"Polis Kedah memeriksa Toyota Hilux yang dinaiki mereka dan menemukan dadah bernilai RM349,800 ";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => syabu
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Polis menahan dua lelaki warga Thailand selepas menemukan syabu seberat 10.6 kilogram yang disembunyikan di dalam tayar ganti
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751031172";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751031172
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Helah sorok lebih 10kg syabu dalam tayar ganti terbongkar, polis tahan dua warga asing | Scoop

Helah sorok lebih 10kg syabu dalam tayar ganti terbongkar, polis tahan dua warga asing

Polis Kedah memeriksa Toyota Hilux yang dinaiki mereka dan menemukan dadah bernilai RM349,800

3:32 PM MYT

 

ALOR SETAR – Polis menahan dua lelaki warga Thailand selepas menemukan syabu seberat 10.6 kilogram yang disembunyikan di dalam tayar ganti kenderaan yang dinaiki mereka di Kampung Baru Balai Pos, Jalan Sungai Korok, Ayer Hitam pada pukul 11 malam, minggu lepas.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, taktik suspek terbongkar selepas polis dari Jabatan Siasatan jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah memeriksa Toyota Hilux yang dinaiki mereka, dan menemukan dadah bernilai RM349,800 itu Khamis lalu.

Katanya terdahulu kedua-dua suspek berusia 25 dan 41 tahun itu bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa, namun mereka berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis.

“Mereka ditahan di tepi jalan kawasan berkenaan dan hasil pemeriksaan kita menemukan 10 bungkusan plastik berwarna hijau dengan setiap satunya mengandungi plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu di dalam tayar ganti di bahagian bawah belakang kenderaan berkenaan.

“Dadah yang dirampas dianggarkan seberat 10.6 kg, yang boleh digunakan hampir 20,000 penagih,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Fisol berkata, kesemua dadah yang dirampas disyaki diseludup dari negara jiran untuk diedarkan kepada penagih dalam negara

Katanya kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta dadah Berbahaya 1952, dan ujian air kencing mendapati mereka posiitif methamphetamine.

Mengenai Operasi Khas Sempena Ambang Tahun Baharu 2024 yang turut melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) malam tadi, Fisol berkata, 1,372 kenderaan diperiksa.

Beliau berkata, susulan pemeriksaan 1,055 saman melibatkan pelbagai kesalahan jalan raya telah dikeluarkan, manakala 223 kenderaan telah disita.

“Operasi itu menahan 12 individu yang melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah 1983 antaranya memandu di bawah pengaruh alkohol, memandu secara melulu dan berbahaya, salah guna dadah, memiliki daun dan air ketum,” katanya. – 2 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related