Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1704259659:17
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 152284
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-124856
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-124856
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:81:"Katanya, langkah itu perlu kerana wujud kecacatan dalam sistem pendaftaran Padu
";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Padu
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kerajaan disaran menangguhkan proses pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (Padu) buat sementara waktu sehingga beberapa kelemahan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 405
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748392455";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748757586";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:5;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748757586
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
Kian Ming syor tangguh proses pendaftaran sistem Padu hingga isu keselamatan diatasi | Scoop

Kian Ming syor tangguh proses pendaftaran sistem Padu hingga isu keselamatan diatasi

Katanya, langkah itu perlu kerana wujud kecacatan dalam sistem pendaftaran Padu

12:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran menangguhkan proses pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (Padu) buat sementara waktu sehingga beberapa kelemahan keselamatan diatasi.

Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Ong Kian Ming mendakwa, langkah itu perlu kerana wujud kecacatan dalam sistem pendaftaran Padu termasuk menghendaki pengguna mengisi maklumat sama yang sudah tersedia dalam pangkalan data sistem berkenaan.

“Jawapan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramil, melalui platform X mengatakan, data yang disatukan daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan tidak dipaparkan kerana kebimbangan keselamatan dan kemungkinan berlaku penggodaman.

“Tetapi mengapa Padu memerlukan pengguna untuk mengisi maklumat ini? Bagaimana jika maklumat tidak sama dengan apa yang terdapat dalam pangkalan data Padu dan bagaimana Padu mengesahkan maklumat lain berkaitan pendapatan sewa tanah atau aset?

“Selain itu, banyak ruangan tambahan untuk diisi, meningkatkan kebarangkalian pengguna tidak mengisi maklumat dengan tepat bagi membolehkan mereka terus layak menerima subsidi kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Padu dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam dari tiga agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang membabitkan kerjasama semua agensi lain.

Sistem itu yang diluncurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dibuka kepada orang ramai sehingga 31 Mac ini bagi mengemaskini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengesahan, bilangan isi rumah dan alamat.

Semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar dan membuat semakan data di portal Padu mulai semalam hingga 31 Mac ini.

Mengulas lanjut, Kian Ming berkata, tujuan pangkalan data Padu diwujudkan untuk melancarkan lebih banyak subsidi bersasar, termasuk penarikan subsidi petrol tidak disasarkan yang akan diletakkan melalui mekanisme subsidi bersasar.

“Malangnya, pangkalan data Padu sedia ada, tidak mungkin mencapai objektifnya sekiranya ada penerima Bantuan Tunai Rahmah (BTR), tetapi tidak layak kerana mempunyai pendapatan bukan cukai lain seperti pendapatan sewa rumah dan memiliki tanah.

“Ia kerana mereka tidak akan mengisi maklumat yang tepat dalam sistem Padu,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, terdapat isu keselamatan utama dengan pendaftaran sistem Padu.

Katanya, jika anda mempunyai nombor kad pengenalan (IC) dan poskod yang dikaitkan dengan alamat IC pengguna, sesiapa sahaja boleh mendaftar untuk akaun Padu individu terbabit tanpa perlu melalui proses e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital).

“Saya melakukannya dengan alamat IC dan poskod empat pemimpin DAP yang merupakan menteri atau timbalan menteri, iaitu Hannah Yeoh, Steven Sim Chee Keong, Liew Chin Tong dan Teo Nie Ching.

“Saya juga dapat menukar beberapa butiran kelayakan akademik dan pekerjaan Hannah, tanpa perlu melalui pengesahan e-KYC,” katanya.

Susulan itu, Kian Ming berkata, kerajaan wajar menangguhkan pendaftaran Padu selain harus membuat pengujian semula sistem itu sebelum ia dilancarkan semula.

“Pengguna yang sudah mendaftar tetapi belum menjalani pengesahan e-KYC hendaklah diminta untuk mendaftar semula selepas isu keselamatan diselesaikan.

“Ruangan maklumat harus dikurangkan apabila ciri-ciri keselamatan telah tersedia, data yang boleh diambil daripada agensi dan kementerian lain hendaklah diisi terlebih dahulu sebanyak mungkin.

“Pengguna juga harus mempunyai mekanisme di mana mereka boleh membuat laporan jika maklumat yang diberikan tidak tepat,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengesyorkan agar pakar teknologi maklumat dan keselamatan siber dipanggil untuk menyediakan input nilai tambah, yang boleh digunakan untuk menambah baik reka bentuk sistem Padu.

“Saya berharap bekas rakan sekerja saya dalam Kabinet tidak akan melihat ini sebagai satu langkah untuk menjejaskan objektif pentadbiran mereka.

“Dalam mengetengahkan kepincangan dalam sistem Padu ini, saya berharap ia dapat diperbetulkan dengan cepat sebelum persidangan Parlimen akan datang, supaya parti pembangkang dalam Perikatan Nasional (PN) tidak berpeluang menjadikannya sebagai bahan perdebatan politik.

“Saya berharap Kerajaan Madani di bawah pentadbiran Anwar berjaya dan saya berharap tindakan saya mendedahkan kelemahan dalam sistem pendaftaran Padu akan diambil perhatian,” katanya. – 3 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Asiad: CDM confident contingent can achieve target of 27 medals

The Malaysian contingent to the Asian Games is confident they can achieve the target of 27 medals, with eight days of competition remaining before the closing ceremony on October 8.

[LIVE] Nik Elin v Kelantan: justices void 16 out of 18 provisions, over 500 gathered outside

The justices rule that only two Sections out of 18 provisions contended are legal, which are Section 13 (selling or giving away a child to non-Muslim or morally reprehensible Muslim) and Section 30.

Muda’s asset rankings: Kalyana, Siva Prakash revealed as wealthiest candidates

Two of Muda’s candidates for the six state elections, Kalyana Rajasekaran Teagarajan and R. Siva Prakash, appear to have the most assets compared to other hopefuls from the youth-based party.

Related