Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1704259645:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 152295
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:145:"Selain data profil individu dan isi rumah, Padu juga boleh diperluas untuk merangkumi data mengenai perniagaan dan premis komersial di negara ini";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => padu
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan kerajaan semalam merupakan satu penambahbaikan dalam memastikan tadbir urus awam yang
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 67
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 254
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751245486";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:2;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751762702";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751762702
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Padu perlu data komersial, audit berkala: Pakar | Scoop

Padu perlu data komersial, audit berkala: Pakar

Selain data profil individu dan isi rumah, Padu juga boleh diperluas untuk merangkumi data mengenai perniagaan dan premis komersial di negara ini

1:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan kerajaan semalam merupakan satu penambahbaikan dalam memastikan tadbir urus awam yang lebih baik, terutamanya dalam menjamin dasar sosioekonomi dilaksanakan dengan baik melalui orientasi data menyeluruh. 

Penganalisis keselamatan dan politik di Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata bagaimanapun, selain data profil individu dan isi rumah, Padu juga boleh diperluas untuk merangkumi data mengenai perniagaan dan premis komersial di negara ini.

“Hal ini bagi memastikan sistem itu juga melaksanakan tugas melihat kepada potensi manipulasi sistem pengagihan kewangan yang disebabkan oleh ketidaksamaan harga barangan di seluruh rantau disebabkan oleh antaranya penyimpanan stok dan orang tengah yang menyebabkan kenaikan harga.

“Padu memerlukan data ini untuk memastikan sistem itu dapat menangani sektor komersial terlibat dalam menyediakan keperluan asas kepada orang ramai termasuk restoran dan produk isi rumah, serta memastikan mereka yang mengendalikan perniagaan berskala kecil dan besar tidak terpinggir daripada sistem berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Noor Nirwandy berkata kerajaan perlu memberitahu orang ramai dalam semua platform, khususnya media sosial, mengenai fungsi Padu untuk menjamin bahawa seluruh lapisan masyarakat dapat menggunakan sistem itu tanpa terlalu banyak gangguan.

Sementara itu, profesor daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia Prof Dr Rusli Abdullah mencadangkan supaya kerajaan menjalankan audit berkala untuk mengenal pasti kelemahan dalam sistem itu.

Beliau berkata langkah ini akan membolehkan sebarang isu ditangani segera, serta memastikan perisian, sistem operasi dan aplikasi sentiasa dikemas kini dengan penyelesaian keselamatan terkini untuk mengurangkan potensi kelemahan dalam memastikan sistem keselamatan yang terbaik.

“Kerajaan perlu merekayasa semula proses tertentu yang tidak relevan dan penting supaya sistem itu menjadi lebih pintar dan dikendalikan secara rasional,” katanya yang turut menyarankan prosedur sistem sandaran dan pemulihan serta pelaksanaan sandaran data berkala dan menguji proses pemulihan untuk meminimumkan kesan kehilangan data atau kegagalan sistem yang mungkin berlaku.

Padu ialah pangkalan data sosioekonomi negara yang bersepadu, menggabungkan data dari jabatan dan agensi kerajaan, mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia serta memberikan gambaran seadil-adilnya mengenai kedudukan sosioekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.

Sistem itu dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam daripada tiga agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), yang turut melibatkan kerjasama dengan pelbagai agensi lain.

Pendaftaran dibuka kepada orang ramai bermula semalam hingga 31 Mac dan pengguna boleh mengemas kini dan mengesahkan 30 butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman. – 3 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Isa Samad corruption case: judge says prosecution presented conflicting narratives

The Court of Appeal today ruled that the prosecution in Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad’s corruption case involving RM3 million over the agency’s purchase of Merdeka Palace Hotel & Suites in Kuching, Sarawak, has presented two different narratives of its case.

A convenient fix or debt trap? Youth weigh in on buy now, pay later option

University students share benefits and drawbacks of using scheme, especially with limited budget

Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo dipanggil untuk rakam percakapan esok

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, rakaman percakapan untuk Chegubard dan Salim Iskandar akan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya manakala Papagomo pula di Balai Polis Setapak

Related