Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1704279907:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 152437
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:72:"Kata Fahmi Fadzil, tarikh dan lokasi akan diumumkan mungkin minggu depan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Jelajah Madani
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kata Fahmi Fadzil, tarikh dan lokasi akan diumumkan mungkin minggu depan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 223
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750984529";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750984529
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Selangor negeri pertama siri Jelajah Madani peringkat negeri: Fahmi | Scoop

Selangor negeri pertama siri Jelajah Madani peringkat negeri: Fahmi

Kata Fahmi Fadzil, tarikh dan lokasi akan diumumkan mungkin minggu depan

7:03 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Selangor akan menjadi negeri pertama sebagai hos bagi siri Jelajah Madani peringkat negeri, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk melakukan Jelajah Madani bagi peringkat negeri, selepas kejayaan penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Disember lepas.

“Kita akan umumkan, mungkin minggu depan mengenai tarikh dan lokasi program ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada 10 Disember lepas, Fahmi dilaporkan berkata penganjuran Jelajah Madani akan diadakan di peringkat negeri dan mencadangkan semua kementerian untuk turut serta mempamerkan inisiatif serta pencapaian kerajaan yang khusus bagi negeri berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Fahmi mengumumkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan aksi perlawanan Piala Asia 2023 mulai 12 Januari ini.

Beliau berkata siaran itu tidak hanya terhad kepada perlawanan yang melibatkan pasukan Harimau Malaya tetapi juga pasukan negara lain.

“Ada beberapa pihak yang bertanya sama ada akan disiarkan menerusi RTM. Jawapannya… ya, ia akan disiarkan menerusi RTM.

“Saya telah mendapatkan pengesahan daripada pihak berwajib. Insya-Allah akan disiarkan. Jangan risau, kerajaan akan pastikan kita dapat tonton perlawanan yang bukan hanya melibatkan Harimau Malaya tetapi juga pasukan lain dalam Piala Asia ini,” katanya.

Piala Asia 2023 menyaksikan Qatar sebagai tuan rumah.

Harimau Malaya bakal berdepan cabaran besar di Piala Asia 2023 apabila diundi bersama juara dua kali, Korea Selatan, Jordan dan Bahrain dalam Kumpulan E.

Skuad negara akan membuka kempen Piala Asia 2023 berdepan Jordan pada awal pagi (waktu Malaysia) 16 Januari ini, sebelum menentang Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari). – 3 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Related