Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1704286540:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 380
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 152463
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:136:"Menteri Besar Kedah itu berkata Dubai hanyalah 'dummy' kerana perbincangan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan berlaku di Kuala Lumpur";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Langkah Chow Kit
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Menteri Besar Kedah itu berkata Dubai hanyalah 'dummy' kerana perbincangan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan berlaku di Kuala Lumpur
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750978009";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750978009
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Bukan Dubai, tapi Langkah Chow Kit, kata Sanusi yang yakin Kerajaan Perpaduan akan tumbang | Scoop

Bukan Dubai, tapi Langkah Chow Kit, kata Sanusi yang yakin Kerajaan Perpaduan akan tumbang

Menteri Besar Kedah itu berkata Dubai hanyalah 'dummy' kerana perbincangan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan berlaku di Kuala Lumpur

8:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yakin Kerajaan Perpaduan akan tumbang namun enggan mendedahkan bila ia akan berlaku.

Malah beliau berkata, ia bukan Langkah Dubai seperti yang diperkatakan sebaliknya hal-hal tersebut berlaku sebelum itu lagi.

Bagaimanapun katanya, sepanjang pengetahuannya ada perkara yang tidak boleh didedahkan dan beliau juga tidak berhasrat melakukannya.

‘Ada orang kata, bukan Langkah Dubai, Langkah Chow Kit sahaja, sebab bincang di Kuala Lumpur. Saya rasa Dubai itu ‘dummy’ sahaja sebab mereka nak pi jalan ke sana.

“Ia adalah benda demokrasi dan tidak mustahil dan saya nampak ia akan berlaku dan kalau boleh bulan ini….minggu ini pun okey.

“Saya tahu bila akan berlaku, tapi tak boleh habaq (maklumkan). Benda ini sedang berlaku. Siapa yang tidur tak lena boleh ambil ubat di rumah saya,’’ katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Alor Setar, hari ini.

Langkah Dubai hangat diperkatakan sebelum ini dan ia timbul sewaktu percutian pemimpin Perikatan Nasional (PN) termasuk wakil daripada pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu, baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas mengenainya berkata, beliau tidak ambil pusing terhadap rancangan segelintir pihak menerusi komplot Langkah Dubai, yang disifatkan tidak menjejaskan Kerajaan Perpaduan.

Sementara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula mengakui beliau menyedari komplot Langkah Dubai untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan sebelum individu terbabit tiba di UAE.
Menurutnya, laporan mengenai perkara itu sudah diketahui seawal penerbangan individu terbabit ke negara itu.

Mengulas lanjut, Sanusi berkata apa yang diperkatakan oleh Zahid adalah betul malah Presiden Umno itu juga tidak akan bertahan lama.

“Dia pun tak lama dah tu. Betul memang ada. Kita sentiasa mencuba, pihak satu lagi bertahan. Seperti main bola, kita juga nak score (jaringkan gol),’’ katanya. – 3 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related