Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1704291536:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 365
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 152501
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-115833
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-115833
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:143:"Sumber memaklumkan kepada Scoop bahawa bahagian pemasaran dijangka menanggung beban pemberhentian itu, dengan potensi pengurangan sehingga 90% ";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Lazada Malaysia
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Sumber memaklumkan kepada Scoop bahawa bahagian pemasaran dijangka menanggung beban pemberhentian itu, dengan potensi pengurangan sehingga 90%
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 65
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748759869";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748759869
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Lazada Malaysia tidak terkecuali daripada langkah pembuangan pekerja | Scoop

Lazada Malaysia tidak terkecuali daripada langkah pembuangan pekerja

Sumber memaklumkan kepada Scoop bahawa bahagian pemasaran dijangka menanggung beban pemberhentian itu, dengan potensi pengurangan sehingga 90%

10:03 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Platform beli-belah dalam talian, Lazada dilaporkan sedang bersiap-sedia untuk melaksanakan pembuangan pekerja di Malaysia, sama seperti yang dilaksanakan di Singapura.

Kakitangan di semua unit di pejabat Lazada Malaysia didakwa telah dimaklumkan mengenai pertemuan yang akan diadakan dengan jabatan sumber manusia dalam masa beberapa hari ini.

Sumber memaklumkan kepada Scoop bahawa bahagian pemasaran dijangka menanggung beban pemberhentian itu, dengan potensi pengurangan sehingga 90%.

“Kami sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku, tetapi dimaklumkan bahawa pembuangan itu akan berlaku tidak lama lagi. Kami tidak mendapat maklumat mengenainya menyebabkan tiada ketelusan,” kata sumber berkenaan yang enggan dikenali.

Scoop telah difahamkan bahawa pembuangan pekerja itu bukan hanya dilaksanakan di Singapura serta Malaysia, sebaliknya dijangka berlaku di Vietnam, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Sumber itu juga memaklumkan bahawa berita mengenai pemberhentian pekerja itu dilaporkan seminggu selepas Lazada membuka operasi di tingkat baru bagi menampung peningkatan jumlah pekerja.

Difahamkan walaupun kakitangan tertentu telah menerima jemputan untuk pertemuan dengan jabatan sumber manusia namun kakitangan yang lain berada dalam tanda tanya kerana perkara berkenaan hanya dimaklumkan secara lisan tanpa dokumen bertulis.

Terdahulu, The Edge Singapura melaporkan bahawa Lazada Singapura telah membuang pekerja junior dan senior daripada pelbagai unit, hari ini.

Ia juga memaklumkan proses pembuangan pekerja akan dijalankan sehingga 5 Januari, dengan memetik sumber yang memaklumkan bahawa bilik mesyuarat telah dikhaskan untuk jabatan sumber manusia sehingga minggu ini.

Bulan lepas, Alibaba Group Holding Ltd, yang merupakan syarikat induk kepada Lazada, telah membuat pelaburan tambahan sebanyak US$634 juta (kira-kira RM2.9 bilion) ke Lazada bagi membolehkan ia bersaing dengan plafform e-dagang yang lain.

Alibaba dikatakan berulang-kali menyuntik tunai ke dalam Lazada sejak 2022, dengan pelaburan pada bulan Disember lalu adalah pelaburan ketiga untuk tahun 2023, menjadikan jumlah keseluruhan adalah lebih US$1.8 bilion (kira-kira RM8.3 bilion).

Diasaskan pada 2012 di bawah syarikat Rocket Internet, Lazada kemudiannya telah dibeli oleh Alibaba pada 2016. Ia berdepan dengan persaingan sengit daripada platform e-dagang yang lain seperti Shopee di pasaran Asia Tenggara.

Lazada juga menyaksikan pertukaran jawatan tertinggi dalam masa lima tahun.

Pada Jun tahun lalu, Alibaba Group Holding Ltd telah melantik James Dong sebagai Ketua Eksekutif baharu untuk Kumpulan Lazada.

James, 42, yang sebelum ini mengetuai perniagaan Alibaba di Thailand dan menjadi pembantu kepada CEO Alibaba, Daniel Zhang, menggantikan Chun Li- seorang teknologis , yang bertukar peranan sebagai penasihat kepada pengerusi Kumpulan Lazada, Jiang Fan.

Susulan pelantikan itu, Dong telah menyerahkan jawatannya kepada Kaya Qin di Vietnam.

Li, yang menerajui Lazada sebagai CEO selama dua tahun, menggantikan pengasas bersama Lazada di bawah Rocket Internet pada 2012, Pierre Poignant. – 3 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Asiad: CDM confident contingent can achieve target of 27 medals

The Malaysian contingent to the Asian Games is confident they can achieve the target of 27 medals, with eight days of competition remaining before the closing ceremony on October 8.

[LIVE] Nik Elin v Kelantan: justices void 16 out of 18 provisions, over 500 gathered outside

The justices rule that only two Sections out of 18 provisions contended are legal, which are Section 13 (selling or giving away a child to non-Muslim or morally reprehensible Muslim) and Section 30.

Haji Furada: Hajar Sazrul Travel & Tours diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan

Mereka terdiri daripada kumpulan 15 individu yang telah berlepas ke Jeddah selepas menerima e-visa namun terkandas di Lapangan Terbang King Abdul Aziz kerana visa terbabit adalah palsu manakala 10 lagi belum berlepas kerana tidak menerima e-visa walaupun sudah menjelaskan semua bayaran pakej haji dalam insiden pada 2019

Related