Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1704414873:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 152990
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:179:"Tarif air yang dianggap terlalu murah di Malaysia ketika ini menyebabkan syarikat pengendali tidak berupaya mempertingkat infrastruktur asas termasuk penggantian paip dan fasiliti";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => SPAN
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pelarasan tarif air yang dijangka bermula tahun ini adalah bagi memastikan kelestarian perkhidmatan dan bukan untuk memberi peluang kepada
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 198
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750983987";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750983987
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_wp_old_slug] => Array
        (
            [0] => pelarasan-tarif-bukan-untuk-syarikat-akhir-kaut-untung-span
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
Pelarasan tarif bukan untuk syarikat air kaut untung: SPAN | Scoop

Pelarasan tarif bukan untuk syarikat air kaut untung: SPAN

Tarif air yang dianggap terlalu murah di Malaysia ketika ini menyebabkan syarikat pengendali tidak berupaya mempertingkat infrastruktur asas termasuk penggantian paip dan fasiliti

8:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelarasan tarif air yang dijangka bermula tahun ini adalah bagi memastikan kelestarian perkhidmatan dan bukan untuk memberi peluang kepada syarikat pengendali mengaut keuntungan berlipat ganda.

Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Mohd Fazil Ismail berkata, pihaknya telah melaksanakan kajian Mekanisme Penetapan Tarif bagi memastikan pelarasan yang adil kepada syarikat pengendali dan pengguna.

“Kita mengambil kira perbelanjaan operasi serta perbelanjaan modal syarikat dan kita telah menentukan berapa kadar yang harus dilaksanakan, dan bukan operator yang menentukan,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk ‘Pelarasan Tarif Air 2024’ terbitan Bernama TV malam ini.

Pada masa sama, beliau berkata, sekiranya pelarasan tarif air itu dilaksana pada tahun ini, SPAN menjangkakan kadar kenaikan yang dikenakan kepada pengguna secara purata hanyalah RM3 tambahan kepada bil semasa.

“Kalau pengguna membayar bil semasanya sekitar RM20, ia akan menjadi RM23… ia hanya peningkatan 10 sen sehari dan merupakan peningkatan minimum yang dikenakan kepada pengguna,” katanya.

Mohd Fazil berkata, tarif air yang dianggap terlalu murah di Malaysia ketika ini menyebabkan syarikat pengendali tidak berupaya mempertingkat infrastruktur asas termasuk penggantian paip dan fasiliti.

“Kebanyakan masalah berpunca daripada paip usang dan fasiliti uzur. Mereka nak menjalankan kerja-kerja (menaik taraf) itu namun oleh kerana tarif pun rendah dan operator pun tidak cukup dana, bagaimana kerja itu dapat dilaksanakan?” katanya.

Pemangku Presiden Forum Air, Amlir Ayat pula bersetuju dengan cadangan pelaksanaan pelarasan tarif itu bagi memastikan rakyat sentiasa berjimat cermat dalam penggunaan air.

“Ada sesetengah masyarakat menggunakan air tanpa rasa terbeban mungkin kerana harganya yang murah namun dengan langkah ini, masyarakat dapat mengajar generasi muda untuk menggunakan air secara berhemah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap pihak peniaga dan syarikat tidak mengambil peluang menaikkan harga barang dan perkhidmatan susulan pelarasan tarif air.

“Saya memahami keadaan ekonomi semasa namun janganlah sampai menyeksa pengguna sedia ada,” katanya. – 5 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related