SPRM, ACeIO anjur Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024

Jadi pemangkin penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional

11:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah (ACeIO) akan menganjurkan Simposium Tatakelola Baik Nasional 2024 pada 8 Januari ini.

Simposium tersebut yang bertemakan ‘Tatakelola Baik Aspirasi Negara Madani’ akan berlangsung di Hotel Sama-Sama, KLIA, Sepang, Selangor.

Pengarah Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN), Datuk Abd Aziz Aban berkata, simposium tersebut akan diisi dengan sesi forum bertajuk ‘Memartabatkan Integriti Sektor Awam melalui Pemantapan Tatakelola Baik Nasional ke arah Kemajuan Malaysia Madani’.

Katanya, ia menampilkan barisan tokoh seperti bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdul Halim Ali; bekas Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation, Datuk Dr. Hafsah Hashim dan Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin.

“Simposium ini menjadi platform peluncuran ‘Arahan YAB Perdana Menteri No 1 Tahun 2023: Gerakan Pemantapan Tatakelola Nasional’ yang akan dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Arahan tersebut menggariskan mekanisme dan struktur bagi mencapai objektif ke arah mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

“Kerajaan komited dalam memastikan pemimpin dan ketua perkhidmatan menerajui serta menyokong setiap usaha organisasi untuk meningkatkan amalan tatakelola baik melalui pelaksanaan mekanisme yang ditetapkan dalam arahan ini,” katanya hari ini.

Datuk Abd Aziz Aban berkata, simposium tersebut akan menampilkan ramai tokoh dan diisi dengan forum ‘Memartabatkan Integriti Sektor Awam melalui Pemantapan Tatakelola Baik Nasional ke arah Kemajuan Malaysia Madani’. – Gambar ihsan SPRM, 5 Januari, 2024

Majlis tersebut juga akan dihadiri Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Abd Aziz berkata, intipati arahan adalah untuk mengukuhkan usaha kerajaan dalam mewujudkan ekosistem tatakelola baik sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia melalui penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang menggantikan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR).

Ia bertujuan bagi memastikan tindakan segera, berfokus dan lebih berkesan dapat diambil dalam menangani isu-isu kelemahan tatakelola yang boleh menyebabkan ketirisan dana kerajaan, pembaziran serta risiko rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Prinsip tatakelola baik seperti ketelusan, kebertanggungjawaban, kecekapan dan keberkesanan diberi penekanan bagi meningkatkan kualiti sektor awam serta memastikan perkhidmatan awam disampaikan dengan lebih berintegriti. – 5 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

1MDB trial: Aug 20 fixed for CoA hearing on Najib’s bid to recuse judge Sequerah

The Court of Appeal has fixed August 20 to hear Datuk Seri Najib Razak’s appeal to recuse judge Datuk Collin Lawrence Sequerah from presiding over the ongoing RM2.27-billion 1Malaysia Development Bhd (1MDB) corruption trial

Cops arrest three mule account holders, duped victims of RM300,000

Victims report on suspects after making transactions online to different bank accounts

Unity govt ‘colour blind’ when supporting opposition states during disasters: Zahid

The unity government has never marginalised any opposition-ruled states in the provision of humanitarian aid during disasters, said Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Related