Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1704615092:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 242
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 153857
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:109:"Dua lagi individu yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan itu, masing-masing berumur antara 50 dan 55 tahun";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => operasi mabuk
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Dua lagi individu yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan itu, masing-masing berumur antara 50 dan 55 tahun
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 67
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751079506";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:2;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751079506
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Warga emas antara tiga ditahan dalam Operasi Mabuk | Scoop

Warga emas antara tiga ditahan dalam Operasi Mabuk

Dua lagi individu yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan itu, masing-masing berumur antara 50 dan 55 tahun

4:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas berumur 65 tahun antara tiga individu yang ditahan dalam Operasi Mabuk dijalankan di sekitar Ampang Jaya di sini, kelmarin dan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dua lagi individu yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan itu, masing-masing berumur antara 50 dan 55 tahun.

Menurutnya, ketiga-tiga individu ditahan atas kesalahan memandu dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan mengikut peruntukan Sekyen 45 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Hasil daripada operasi dijalankan pada 5 Januari jam 10 malam hingga 11.45 malam di Jalan Pandan Indah, dua individu lelaki berumur antara 50 hingga 55 tahun ditahan.

“Manakala hasil operasi mabuk dijalankan pada 6 Januari jam 9.45 malam hingga 12.00 malam di Jalan Pandan Utama, seorang individu lelaki berumur 65 tahun ditahan.

“Individu ini bersama-sama dengan kenderaan yang terlibat dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya. Ujian nafas menunjukkan keputusan tahap kandungan alkohol dalam darah melebihi had ditetap dan dibenarkan, iaitu 50/100ml sahaja,” katanya menerusi kenyataan.

Ujarnya, individu yang didapati melakukan kesalahan di bawah seksyen itu, boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih RM30,000, selain lesen memandu digantung tidak melebihi dua tahun,” katanya.

Beliau berkata, satu operasi motosikal turut dijalankan petang semalam pada kira-kira jam 5 petang hingga 6.40 petang di Jalan Kemajuan Kg Pandan.

“Sebanyak 12 kenderaan disita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987 dan Seksyen 6(4) akta sama.

“Seramai 39 individu diperiksa dan 32 saman dikeluarkan,” katanya.

Azam berkata, pada kira-kira jam 10 malam hingga 1.30 pagi semalam, pihaknya juga menjalankan satu operasi samseng jalanan di Jalan Kemajuan Kampung Pandan.

Katanya, ia berikutan aduan diterima dari penduduk setempat, mengenai tindakan segelintir remaja yang sering menunggang motosikal dalam keadaan merbahaya dan membuat bising.

Hasil operasi itu, katanya, lima kenderaan disita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987 dan Seksyen 6(4) akta sama.

“Seramai lapan individu diperiksa dan sebelas saman dikeluarkan atas pelbagai faktor kesalahan, antaranya tiada lesen memandu sah, ubah suai kenderaan, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, ekzos, topi serta keledar.

“Orang awam diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. Sayangi diri, keluarga dan orang sekeliling,” katanya. – 7 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Last of the Kaamatan Bobohizan: traditions fade away as modernisation, other religions overshadow ancient rituals

As Sabah celebrates harvest festival, the cultural heritage of the Bobohizan priests is at risk, with few facing a battle to preserve their dying traditions

Muslim NGOs call on OIC to issue solidarity note for Palestinian fighters

Four Muslim non-governmental organisations (NGOs) have called upon the Organisation of Islamic Cooperation (OIC) to convene an emergency meeting to issue a solidarity note to the freedom fighters of Palestine.

Related