Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1704720028:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_1d814ce8880019690e0e4e6c19074a3a] => Array
        (
            [0] => 
Cukup dah, tunggu hari sahaja: Sanusi
) [_oembed_time_1d814ce8880019690e0e4e6c19074a3a] => Array ( [0] => 1704718531 ) [post_views_count] => Array ( [0] => 639 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 22 ) [_post_language] => Array ( [0] => Bahasa Malaysia ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-115276 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-115276 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:82:"Usaha jatuhkan kerajaan tidak akan jadi kenyataan, sekadar permainan politik kotor";} ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_focuskw] => Array ( [0] => SD ) [_yoast_wpseo_metadesc] => Array ( [0] => Naratif pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi kenyataan ) [_yoast_wpseo_linkdex] => Array ( [0] => 67 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 30 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 3 ) [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array ( [0] => ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 154333 ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753164381";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1753164381 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 1 ) )
SD sekadar tutup kelemahan PN, ramai blok pembangkang mula sokong PM | Scoop

SD sekadar tutup kelemahan PN, ramai blok pembangkang mula sokong PM

Usaha jatuhkan kerajaan tidak akan jadi kenyataan, sekadar permainan politik kotor

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Naratif pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi kenyataan dan hanya sekadar permainan politik ‘kotor’ apabila mendakwa sudah mempunyai akuan bersumpah (SD) mencukupi bagi membentuk kerajaan baru.

Penganalisis politik, Prof. Azmi Hassan berkata, permainan persepsi yang dibawakan pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu seolah-olah ingin memberi gambaran salah bahawa Kerajaan Perpaduan kini berada dalam tidak stabil.

Penganalisis politik, Prof. Dr Azmi Hassan. – Gambar Bernama, 9 Januari, 2024

“Jika benar sudah cukup SD, paling minimum pun mereka ada ialah 112, ia sudah pasti tidak termasuk wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) kerana mereka terikat dengan perjanjian sebelum menjadi calon PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15).

“Saya rasa tidak sampai jumlah 120 (ahli Parlimen) dalam perkara ini (SD) sebab dari awal lagi Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg cakap beliau tidak berminat dan bila dicampur congak, rasanya bilangan dua pertiga itu tidak akan mencukupi.

“Ini yang dinamakan permainan persepsi yang cuba dimainkan PN kononnya Kerajaan Perpaduan sekarang ini amat goyah dan hal ini sedikit menyedihkan apabila kerajaan atau Datuk Seri Anwar terpaksa menumpukan perhatian dalam perkara ini kerana perlu menepis tuduhan mendakwa Kerajaan Perpaduan tidak stabil,” katanya kepada Scoop hari ini.

Azmi berkata, naratif yang dibawakan pembangkang itu akan memberikan kesan negatif terhadap parti mereka sendiri selain memberi kerugian kepada rakyat disebabkan ahli politik lebih gemar ‘bermain wayang’ daripada menjalankan tanggungjawab menjadi ‘semak dan imbang’ terhadap tindakan kerajaan.

“Apabila ini berlaku, tumpuan mentadbir urus negara itu akan sedikit terencat dan yang rugi adalah rakyat. PN tak untung pun kerana tidak ada pemimpin daripada parti kerajaan yang akan berpaling tadah ke arah pembangkang.

“Sebaliknya yang berlaku ialah kita lihat lebih ramai ahli Parlimen daripada blok pembangkang sudah mula menunjukkan sokongan terbuka terhadap Anwar. Jadi ini yang saya katakan permainan persepsi cuba ditonjolkan kononnya PN itu masih kukuh dan mereka cuba menutup kelemahan itu,” katanya.

Lantaran itu, Azmi menasihatkan pembangkang agar kembali kepada ‘fitrah’ dan tugas hakiki mereka sebagai pengimbang cara terhadap kerajaan daripada sibuk dengan agenda menggulingkan pimpinan masa kini.

Menurutnya, jika pembangkang memainkan peranan mereka dengan baik, ia pasti secara tidak langsung akan memberi nilai tambah buat mereka di mata rakyat.

“Jadilah pembangkang dalam erti kata sebenarnya memberi kritikan dan menambah baik tidak kira kritikan positif atau negatif terhadap dasar dan perancangan kerajaan.

“Ini kerana rakyat akan menilai dan jika pembangkang memberikan cadangan dan kritikan bernas, pastinya rakyat memberikan pandangan bahawa pembangkang juga boleh menjadi kerajaan yang baik sekiranya mampu menjalankan tugas dengan lebih dengan efisien,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa, PN sudah mempunyai jumlah SD yang cukup untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Sanusi bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci mengenai perkara berkenaan termasuk jumlah SD yang diperolehi. – 9 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Uncertainty looms over Malaysia Purple League revival, BAM awaits organiser’s proposal

The revival of the Malaysia Purple League (MPL) remains uncertain as the Badminton Association of Malaysia (BAM) has yet to receive any proposals from the organisers.

[UPDATED] Federal Court rules Hadi remains Marang MP

PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang remains as Marang MP with the Federal Court’s dismissal today of a Barisan Nasional candidate’s appeal. 

Homecoming for Hans Isaac as Finas returning chairman

His predecessor Datuk Kamil Othman has new role as industry advisor to help navigate technological challenges

Related