Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular berjaya atasi masalah dropped calls

5:34 PM MYT

 


PUTRAJAYA – Tiada sebarang gangguan atau panggilan terputus direkodkan hasil Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular yang dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari bangunan Parlimen ke Putrajaya, hari ini.

Hasil dapatan itu dikongsikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi sidang media di Kementerian Komunikasi, sebentar tadi.

Menurut Fahmi, kejayaan itu menunjukkan syarikat penggendali utama telekomunikasi telah melakukan pelbagai penambahbaikan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan masing-masing.

“Berdasarkan drive test hari ini dalam sepanjang perjalanan dari Bangunan Parlimen ke Putrajaya tiada sebarang dropped calls berlaku.

Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular tadi dikendalikan pegawai MCMC yang terlatih dengan menggunakan peralatan khas pengujian Nemo Walker Air – Alif Omar/Scoop, 9 Januari, 2024

“Ia satu kejayaan tiada sebarang gangguan tersebut dan MCMC akan terus memantau isu ini sehingga 31 Mac di mana penggendali telekomunikasi perlu memberikan laporan berhubung isu dropped calls bagi melihat perkembangan perkara ini di masa akan datang,” katanya kepada pemberita.

Fahmi turut memaklumkan sepanjang tempoh Januari hingga Disember tahun lalu, sebanyak 1,837 masalah panggilan terputus direkodkan MCMC termasuk kes-kes yang berlaku di luar kawasan liputan.

Susulan itu, satu bengkel telah diadakan antara MCMC, pengendali rangkaian mudah alih serta Digital Nasional Berhad (DNB) sehingga berjaya mencatatkan 74% penurunan masalah dropped calls yang berlaku sepanjang tahun lalu.

“Pada penganjuran bengkel berkenaan, beberapa inisiatif telah dikenal pasti dan dipersetujui.

“Selain daripada pihak pengendali rangkaian mudah alih 4G mengoptimumkan rangkaian mereka, DNB juga telah mengaktifkan fungsi Call Reestablishment untuk saluran LTE700 dalam rangkaian 5G bermula 21 hingga 29 Disember lalu.

(Dari kiri) Fahmi Fadzil, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Teo Nie Ching dan Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din di dalam bas yang membawa mereka bersama pengurusan kanan syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih serta media dari Parlimen ke Putrajaya untuk Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) hari ini – Alif Omar/Scoop, 9 Januari, 2024

“Hasil daripada usaha ini, terdapat penurunan panggilan terputus untuk setiap rangkaian mudah alih 4G antara 10 sehingga 74% berdasarkan data yang dilaporkan kepada MCMC,” katanya.

Terdahulu, Fahmi dan timbalannya, Teo Nie Ching serta Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din telah meninjau Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) dengan menaiki bas bersama media, yang bergerak dari Parlimen menuju ke Putrajaya.

Rombongan ujian itu turut disertai pengurusan kanan syarikat penyedia perkhidmatan mudah alih iaitu CelcomDigi, Maxis, Yes (YTL Communication), Unifi Mobile (TM Tech) dan U-Mobile.

Ujian tersebut dikendalikan pegawai MCMC yang terlatih dengan menggunakan peralatan khas pengujian Nemo Walker Air.

Dua set Nemo Walker Air digunakan untuk dua jenis ujian, iaitu panggilan berturutan (repetitive calls) dan panggilan berterusan (continuous calls). – 9 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Google published inaccurate USD/RM exchange rate, again: BNM

Bank Negara Malaysia today dismissed the inaccurate ringgit exchange rate data circulating on social media, which was based on an erroneous USD/RM exchange rate Diterbit by Google on Friday, Mac 15. 

‘Why is Ebit Lew there?’ Viral umrah send-off video sparks controversy

Criticism grows as the controversial preacher, facing sexual offence charges, is seen sending off pilgrims at KLIA

2022 APG: M’sian athletes show prowess by snagging six medals on first day

The first hari of the 2022 Para Asian Games here saw the Malaysian contingent open its medal tally on a promising note with one gold, two silver and three bronze.

Related