Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1704861942:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 306
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 154912
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:112:"Hael berkata dia telah mengkaji maksud perkataan ‘celaka’ itu sebelum menggunakannya dalam lirik lagu Diam
";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Hael Husaini
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Penyanyi dan komposer popular, Hael Husaini telah mengkaji terlebih dahulu tentang penggunaan perkataan ‘celaka’ yang terkandung di dalam
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 67
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750993630";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:8;i:1;i:3;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750993630
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Hael Husaini perjelas maksud perkataan ‘celaka’ dalam lirik Diam | Scoop

Hael Husaini perjelas maksud perkataan ‘celaka’ dalam lirik Diam

Hael berkata dia telah mengkaji maksud perkataan ‘celaka’ itu sebelum menggunakannya dalam lirik lagu Diam

12:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan komposer popular, Hael Husaini telah mengkaji terlebih dahulu tentang penggunaan perkataan ‘celaka’ yang terkandung di dalam lirik lagu terbarunya yang berjudul Diam.

Menurut Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 37, sebagai seorang pengkarya muzik di Malaysia, dia tahu batas-batas dan sensitiviti masyarakat.

Hael berkata, masyarakat perlu mengubah mentaliti kerana perkataan ‘celaka’ itu bukanlah perkataan yang kesat, tetapi ia digunakan sebelum ini sebagai sesuatu yang kesat. – Gambar Instagram, 10 Januari, 2024

“Sebenarnya perkataan ‘celaka’ ini mungkin telah disalahgunakan sedikit dalam kehidupan harian kita.

“Maksud perkataan ‘celaka’ itu adalah sama maksud dengan perkataan malang. Malah dalam berita sekalipun kita ada gunakan perkataan kecelakaan.

“Saya minta maaf andai ada yang merasakan bahawa perkataan ‘celaka’ itu agak kasar.Tetapi kalau boleh kita cuba berfikir dalam konteks yang berbeza dan positif.

“Perkataan ‘celaka’ itu bukanlah perkataan yang kesat, tetapi ia digunakan sebelum ini sebagai sesuatu yang kesat. Jadi kita perlu ubah mentaliti kita,” katanya ketika ditemui di sidang media pelancaran album Antonim (Part 1).

Kongsi bekas peserta Akademi Fantasia 2013 ini lagi, perkataan ‘celaka’ dalam lagu tersebut bukanlah dituju kepada orang, tetapi dirinya sendiri.

“Kadang-kadang kita sebagai manusia biasa akan timbul perasaan di mana ada hari yang kita akan rasa malang ataupun mungkin ‘celakanya’ hari ini,” jelasnya.

Ditanya adakah lagu Diam mendapat halangan daripada mana-mana pihak untuk disiarkan, Hael berkata tidak wujud sama sekali situasi tersebut.

Lagu Diam merupakan salah satu daripada enam buah lagu yang terkandung di dalam album sulung Hael yang diberi nama Antonim (Part 1).

Bercakap mengenai kelahiran album pertamanya, kata Hael dia gembira kerana selepas berbelas tahun menjadi penyanyi, akhirnya dia memiliki album sendiri.

“Saya ingin berterima kasih kepada pihak pengurusan saya iaitu Rocket Fuel kerana memberi kepercayaan kepada saya setelah apa yang kami lalui bersama.

“Kali ini sudah tiba masanya untuk saya keluarkan album saya sendiri. Saya harap orang boleh terima album ini.

“Setiap lagu dalam album ini sangat bermakna buat saya. Tak ada satu lagu pun yang saya anggap sebagai ‘filler’. Saya sangat menghargai kerja keras daripada setiap pencipta dan penerbit lagu,” ujarnya.

Memandangkan Hael adalah seorang penyanyi dan komposer hebat di Malaysia, ditanya kenapa dia tidak mencipta sendiri kesemua lagu untuk dimuatkan dalam album ini, kata Hael dia tak mahu bersikap tamak.

“Sepanjang perjalanan kerjaya saya, saya lebih suka memilih untuk bekerja dengan ramai komposer. Bagi saya lebih banyak idea, lebih segar muzik saya.

“Saya tak mahu jadi seorang yang tamak. Saya perlu akur dengan kredibiliti saya, kadang-kadang saya mempunyai tahap saya sendiri.

“Jadi untuk saya memperbaiki diri saya dalam bidang muzik ini, saya harus bekerjasama dengan orang lain supaya muzik itu akan lebih ke depan,” kongsinya.

Antara komposer lain yang terlibat dalam pembikinan album ini ialah Ezra Kong, Omar K, Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan Hanis Rafi.

Antonim (Part 1) memuatkan enam buah lagu termasuklah Diam, Please, Hero, Usia, Kejora dan Sama Seperti Dulu. – 10 Januari, 2024

Foto : Instagram, Helmi Anuar

Topics

 

Popular

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Related