Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1704949293:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 467
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 155333
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-107304
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-107304
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:72:"Majlis pernikahan pasangan diadakan di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Putera Mateen
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah, 32, menikahi tunangnya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah, 29, dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 54
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751096503";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:3:{i:18;i:1;i:15;i:1;i:7;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751096503
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_wp_old_slug] => Array
        (
            [0] => pasangan-diraja-brunei-putera-mateen-dan-dayang-rosnah-bernikah-hari-ini
        )

)
Pasangan Diraja Brunei, Putera Mateen dan Dayang Anisha bernikah hari ini   | Scoop

Pasangan Diraja Brunei, Putera Mateen dan Dayang Anisha bernikah hari ini  

Majlis pernikahan pasangan diadakan di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien

12:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah, 32, menikahi tunangnya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah, 29, dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja yang berlangsung pada hari ini.

Majlis pernikahan pasangan diraja Brunei yang sama cantik sama padan ini akan diadakan dengan penuh gemilang di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien yang kubahnya diperbuat daripada emas 24 karat.

Pasangan pengantin ini kemudian bakal diraikan dalam majlis perkahwinan yang dijadual berlangsung pada 14 Januari, diikuti dengan perarakan di sekitar ibu negara Brunei iaitu Bandar Seri Begawan.

Terdahulu, Putera Mateen dan Rosnah telah mengikat tali pertunangan di Istana Nurul Iman pada 9 Januari lalu.

Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung dengan rombongan Pengantin Diraja Lelaki menyampaikan hantaran pertunangan dikenali sebagai ‘Tanda Diraja’.

Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Diraja Sahibul Irshad Pengiran Abdul Rahim mengetuai delegasi Pengantin Diraja Lelaki.

Putera Mateen adalah anak ke-10 kepada Sultan Hassanal Bolkiah iaitu raja paling lama memerintah di dunia dan pernah menjadi orang terkaya di dunia – dan berada di bawah urutan pewarisan.
Rosnah pula adalah cucu kepada salah seorang penasihat khas sultan, Pehin Dato Isa dan mempunyai jenama fesyen serta memiliki perniagaan pelancongan bersama.

Dia dan Putera Mateen telah berpacaran selama beberapa tahun dan telah dilihat bersama dalam banyak acara, termasuk majlis perkahwinan kakak Putera Mateen, Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, awal tahun lalu.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dan dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, pada 7 Januari lalu.

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari, manakala acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman, pada 14 Januari.

Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.

Senarai tetamu diraja yang dikhabarkan akan hadir meraikan majlis perkahwinan termasuklah Putera dan Puteri Wales Britain serta Putera Mahkota Jordan Hussein dan Puteri Rajwa. – 11 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Last of the Kaamatan Bobohizan: traditions fade away as modernisation, other religions overshadow ancient rituals

As Sabah celebrates harvest festival, the cultural heritage of the Bobohizan priests is at risk, with few facing a battle to preserve their dying traditions

Muslim NGOs call on OIC to issue solidarity note for Palestinian fighters

Four Muslim non-governmental organisations (NGOs) have called upon the Organisation of Islamic Cooperation (OIC) to convene an emergency meeting to issue a solidarity note to the freedom fighters of Palestine.

[UPDATED] SMART Tunnel now reopened after flash flood closure

Areas in the Klang Valley are once again experiencing flash floods, with at least one road leading towards the SMART Tunnel being closed off due to rising water levels after heavy downpour.  

Related