Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1704958339:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 203
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:106:"Bank konvensional melibatkan muamalat riba, mereka yang tidak terkait dengan transaksi riba hukumnya harus";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => bank
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Pekerja beragama Islam yang melibatkan diri dalam dunia pekerjaan di bank konvensional perlu berusaha sebaik mungkin untuk mencari pekerjaan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 67
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750768880";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:5;i:1;i:12;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750964607";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750964607
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 155395
        )

)
Pekerja beragama Islam di bank konvensional perlu cari kerja halal lain | Scoop

Pekerja beragama Islam di bank konvensional perlu cari kerja halal lain

Bank konvensional melibatkan muamalat riba, mereka yang tidak terkait dengan transaksi riba hukumnya harus

2:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pekerja beragama Islam yang melibatkan diri dalam dunia pekerjaan di bank konvensional perlu berusaha sebaik mungkin untuk mencari pekerjaan halal yang lain.

Demikian ditegaskan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Luqman Abdullah melalui Irsyad al-Fatwa Siri Ke-823: Hukum Bekerja di Bank Konvensional ketika menjawab persoalan mengenai hukum tersebut.

Beliau berkata, ini kerana bank konvensional adalah melibatkan muamalat riba dan ia wujud di negara ini sebelum adanya bank Islamik.

Menurut beliau, kedua-duanya industri yang sama namun pada hakikatnya berbeza dari sudut pengurusan atau penghasilan.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Luqman Abdullah. – Gambar TV AlHijrah, 11 Januari, 2024

“Perbezaan yang ketara di sini boleh dilihat pada keuntungan dalam perbankan Islam diperoleh daripada transaksi yang dibenarkan oleh syarak seperti kontrak jual beli. Faedah dalam perbankan konvensional pula, diperoleh secara langsung daripada kontrak pinjaman dan ini tidak dibenarkan oleh syarak kerana membawa kepada riba.

“Dalam bab ini, isu yang berlaku ialah bila mana seseorang itu bekerja di bank konvensional yang mana kebanyakan transaksi yang dijalankan adalah melalui sistem riba, sedangkan Allah SWT berfirman mengharamkan riba,” katanya.

Luqman berkata, pandangan tersebut juga berlandaskan beberapa dalil termasuk hadis dengan Rasulullah SAW melaknat orang yang memakan harta riba serta orang yang menjadi wakilnya (mereka yang memberi makan hasil riba).

Katanya, dalil-dalil tersebut menunjukkan pengharaman berurus niaga dengan mereka yang menjalankan proses atau transaksi riba termasuklah juga mereka yang bekerja dengan bank konvensional yang mengamalkan transaksi riba dan ia sama seperti membantu mereka dalam perkara kebatilan.

Namun begitu katanya, mereka yang bekerja di bank konvensional boleh dikategorikan kepada dua golongan iaitu mereka yang bekerja secara langsung dengan transaksi riba, maka pekerjaan itu hukumnya adalah haram.

Katanya, antara pekerjaan yang terlibat secara langsung dengan transaksi riba termasuklah mereka yang bertugas sebagai teller (melayan pelanggan dalam melakukan transaksi di bank), pegawai pemasaran (mempromosi produk-produk konvensional kepada pelanggan), penganalisis kredit (orang yang menganalisis kelayakan penerima pinjaman), account officer (pegawai yang melakukan pemantauan terhadap kelancaran pembayaran kredit oleh pelanggan), bahagian admin kredit, akauntan, pegawai audit dan barisan kepimpinan bank.

“Golongan yang bekerja tidak terkait langsung dengan transaksi riba seperti pegawai keselamatan, tukar cuci dan selainnya, maka pekerjaan sebegini adalah harus.

“Hal ini kerana pekerjaan mereka tidaklah berkait dengan sebarang transaksi riba sama ada memasarkan produk, menyediakan produk, mengisi perjanjian dan sebagainya lantas mengeluarkan mereka daripada tergolong dalam mereka yang disebutkan dalam hadis,” katanya. – 11 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Pengusaha bas ekspres, berilah kami diskaun atau harga khas: Pelajar IPT

Para pelajar IPT berkata permintaan mereka wajar dipertimbangkan kerana mereka antara yang paling banyak menggunakan perkhidmatan bas ekspres

Related