Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1705314703:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 219
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 157022
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:125:"Dr. Mahathir juga menekankan menteri bukan keturunan India juga menteri Malaysia, tiada menteri keturunan India bukan masalah";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => P. Ramasamy
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Selepas ‘dilabel’ sebagai ‘arkitek utama’ dasar memecahbelahkan kaum dan agama di negara ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 57
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753147600";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:2;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753562635";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:20;i:1;i:21;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753562635
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
‘Ramasamy juga rasis, dia tinggalkan parti berbilang kaum, tubuhkan parti orang India’: Dr. Mahathir | Scoop

‘Ramasamy juga rasis, dia tinggalkan parti berbilang kaum, tubuhkan parti orang India’: Dr. Mahathir

Dr. Mahathir juga menekankan menteri bukan keturunan India juga menteri Malaysia, tiada menteri keturunan India bukan masalah

6:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas ‘dilabel’ sebagai ‘arkitek utama’ dasar memecahbelahkan kaum dan agama di negara ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas semula kenyataan dibuat bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy itu yang didakwanya turut mengamalkan sikap perkauman.

Malah dalam hal itu, Dr. Mahathir menekankan sikap Ramasamy yang bertindak menubuhkan parti orang keturunan India (Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia atau Urimai) selepas meninggalkan parti berbilang kaum (DAP).

“Ramasamy sering menuduh saya racist (bersikap perkauman). Tetapi apabila ia tinggalkan parti berbilang kaum ia menubuhkan parti orang keturunan India.

“Dan apabila orang keturunan India tidak terdapat dalam Kabinet kerajaan, ia menegur kerajaan. Jikalau ia tidak utamakan orang keturunan India, apa salahnya jika tidak ada menteri keturunan India dalam Kabinet?

“Menteri bukan keturunan India juga menteri Malaysia. Sebagai orang Malaysia tidak ada sebab kenapa tidak adanya menteri keturunan India bukan masalah,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam kenyataan di laman X.

Dr. Mahathir menambah, jika kerana tidak adanya menteri keturunan India dalam Kabinet ternampak tidak adil, sebabnya tentulah kerana Ramasamy masih setia kepada kaum keturunan India.

“Ini bermakna Ramasamy racist yang berjuang bukan sahaja untuk Malaysia tetapi juga untuk bangsa keturunan India,” katanya.

Baru-baru ini Ramasamy mempersoal dakwaan Dr. Mahathir mengenai ketidaksetiaan kaum India Malaysia kepada negara dengan mendakwa bekas Perdana Menteri itu adalah orang yang pertama melaksanakan dasar pecah belah di negara ini.

Melabelkan Dr. Mahathir sebagai ‘nasionalis Melayu yang berfikiran sempit’, Ramasamy berkata, bekas Perdana Menteri itu adalah ‘arkitek utama’ dasar memecahbelahkan kaum dan agama.

Kenyataan beliau itu berkaitan dakwaan Dr. Mahathir menerusi temu bual bersama sebuah media mengatakan masyarakat India di Malaysia tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih terikat dengan negara asal mereka.

Dakwanya, seseorang itu harus dikenali sebagai ‘orang Melayu’ untuk berhak menganggap Malaysia sebagai negara sendiri.

Malah, beliau berkata, orang India di Malaysia tidak bercakap bahasa Melayu sebagai bahasa asal mereka, tetapi berkomunikasi dalam bahasa Tamil.

Bukan setakat itu, Dr. Mahathir didakwa berkata, masalahnya adalah apabila masyarakat India dan Cina menganggap Malaysia sebagai negara sendiri, tetapi tetap mengamalkan budaya serta adat sendiri. – 15 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Can Malaysians be more friendly? Country 24th in friendliness, welcome for expats

2024 ranking a slide from 15th spot in previous year, locals in Philippines, Indonesia and Thailand easier to befriend

No bad blood with BAM: James Chua to lead Czech Republic badminton team

Former Malaysia Open champion clarifies his resignation, citing career growth as he prepares to take on the head coach role in Europe next month

Raya rush: bus tickets for east coast states sold out, says Loke

More than 220,000 express bus tickets from a total of 330,000 have been sold at the Southern Integrated Terminal (TBS) for the coming Hari Raya Aidilfitri festivities, and tickets to the east coast states have been completely sold out, said Transport Minister Anthony Loke

Related