Pelan Rekalibrasi akan dilaksanakan semula tahun ini, kata Saifuddin

Begitupun perkara itu bergantung kepada kelulusan Jemaah Menteri

7:24 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Pelan Rekalibrasi pendatang asing tanpa izin bagi penghantaran pulang warga asing yang tinggal lebih masa di negara ini akan diadakan semula tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, namun perkara itu bergantung kepada kelulusan Jemaah Menteri.

“Cadangan kita mengadakan semula rekalibrasi bagi penghantaran pulang rakyat asing yang tinggal lebih masa mulai tahun ini

“Kita cadang satu tarikh kepada Jemaah Menteri dan juga kompaun yang akan dikenakan.

“Ini juga langkah maklum balas daripada kedutaan negara sumber yang mana mereka syorkan ruang bagi penghantaran pulang,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri Dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Ke-10 di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, Pelan rekalibrasi pendatang tanpa izin itu ditutup tahun lalu, namun kerajaan masih meneruskan Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0).

Dalam pada itu beliau berkata, ketika ini negara mempunyai seramai dua juta pekerja asing dengan tiga sektor sudah lengkap diisi iaitu perkhidmatan, pembinaan dan perkilangan.

“Dari segi rekod menunjukkan angka permohonan dan kemasukan cukup, masih ada defisit keperluan tinggi bagi dua lagi sektor iaitu perladangan dan pertanian,” katanya. – 16 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

MACC’s arrest of ex-Senate deputy president raises questions about Muhyiddin’s picks: Bersatu source

It is alleged that the Bersatu deputy information chief post was created for for Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad despite having just joined the party

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

Smoking products bill to be tabled this Dewan session, says Zaliha

The Health Ministry has assured that the Control of Smoking Products for Public Health Bill 2023 will be tabled before the end of the Dewan Rakyat session, which is ongoing until November 30.

Related