NTSB sahkan palam pintu Alaska Airlines tercabut buatan Malaysia

Pengeluar alat ganti pesawat, Spirit AeroSystems mempunyai palam pintu yang dibuat di negara ini

6:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Palam pintu tercabut dari pesawat Alaska Airlines Boeing 737 Max 9 pada 5 Januari lalu disahkan buatan Malaysia oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat (AS).

The Wall Street Journal melaporkan Pengerusi NTSB, Jennifer Homendy berkata, pengeluar alat ganti pesawat, Spirit AeroSystems mempunyai palam pintu yang dibuat di Malaysia.

Dari Malaysia, bahagian itu diangkut ke kilang pembekal Boeing di Wichita, Kansas dan kemudian dibawa ke kilang 737 di Renton, Washington menggunakan kereta api.

Homendy sebelum ini hadir di hadapan pendengaran jawatankuasa perdagangan Senat mengenai insiden pada 5 Januari lalu apabila palam pintu pesawat tersebut tercabut pada altitud 16,000 kaki (4,877 meter) sebelum terjatuh di laman belakang rumah seorang guru di pinggir bandar Oregon.

Pintu terbabit kelihatan seolah-olah ditulis dengan tangan menggunakan penanda dakwat kekal menyatakan ‘Made In Malaysia’ (buatan Malaysia).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke minggu lalu berkata, beliau tidak menerima maklumat rasmi mengenai perkara itu.

Panel yang terjejas, sebuah palam pintu digunakan bagi menutup ruang pintu keluar kecemasan yang tidak diperlukan dalam pesawat itu.

Palam pintu untuk fiuslaj Boeing 737 Max 9 tertanggal beberapa minit selepas penerbangan 1282 Alaska Airlines berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Portland pada 5 Januari, menekan kabin dan mendedahkan penumpang pada ketinggian beribu-ribu kaki di udara, menurut NTSB.

Tiada sesiapa yang cedera parah dan pesawat itu melakukan pendaratan cemas dengan selamat.

Homendy berkata, NTSB akan menyiasat lebih lanjut mengenai pengeluaran, pengangkutan dan pemasangan palam pintu terbabit dengan menyatakan masih belum ada petunjuk mengenai punca masalah itu.

Ketika dihubungi sebelum ini, Pengurus Komunikasi Korporat Kanan Spirit AeroSystems, Forrest Gossett memberitahu Scoop bahawa syarikat itu tidak akan membuat sebarang kenyataan mengenai insiden membabitkan penerbangan Alaska Airlines 1282.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) pada 13 Januari lalu, menggantung semua Boeing 737-9 MAX untuk keselamatan penumpang sementara menunggu pemeriksaan dan penyelenggaraan menyeluruh pesawat, dan semakan data dikumpul daripada siasatannya.

FAA juga memaklumkan sebanyak 40 pesawat Boeing model sama sudah diperiksa dan pihaknya akan menyemak maklumat dikumpul.

Pembuat pesawat itu pernah menghadapi masalah sebelum ini susulan nahas pada 2018 dan 2019 membabitkan model 737, yang menyebabkan pesawat jenis itu ditamatkan pengeluarannya. – 18 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related