Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1705582330:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 445
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 158095
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:128:"Menurut Afieq, ada pihak beranggapan dia berlagak sebagai budak baik, sedangkan dalam drama beraksi panas bersama pelakon wanita";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Afieq Shazwan
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan akui risau melakonkan babak di atas katil bersama aktres jelita Fasha Sandha dalam drama bersiri Rampas
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 67
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752462456";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:3;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752959183";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:21;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752959183
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Afieq Shazwan akui risau melakonkan babak di atas katil bersama Fasha Sandha | Scoop

Afieq Shazwan akui risau melakonkan babak di atas katil bersama Fasha Sandha

Menurut Afieq, ada pihak beranggapan dia berlagak sebagai budak baik, sedangkan dalam drama beraksi panas bersama pelakon wanita

8:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan akui risau melakonkan babak di atas katil bersama aktres jelita Fasha Sandha dalam drama bersiri Rampas Cintaku 2.

Menurut Afieq atau nama sebenarnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 26, dia risau akan tanggapan keluarga dan peminatnya mengenai babak tersebut.

“Sudah tentu saya risau.  Tetapi saya lebih takut sewaktu musim pertama dulu. Ketika itu watak saya adalah sebagai ‘anak ikan’. Untuk musim kedua saya sudah menjadi suami.

“Waktu musim pertama dulu, nak cakap dengan mak berlakon jadi anak ikan pun takut. Tetapi untuk musim kedua ini saya sudah selesa kerana sudah kenal dengan pelakon dan kru produksi,” katanya kepada Scoop.

Antara babak panas antara Afieq dan Fasha Sandha dalam drama bersiri Rampas Cintaku 2. – Gambar Instagram, 18 Januari, 2024

Tambah Afieq, sebenarnya dia pernah minta untuk kurangkan babak panas dalam drama ini.

“Saya minta kalau boleh kurangkan sedikit, tetapi tak dapat nak lari kerana cerita ini memang temanya sebegitu.

“Tetapi banyak babak yang dilakukan menggunakan teknik kamera. Dari situ saya belajar banyak perkara baru. Bagaimana sesuatu teknik itu boleh menampakkan lakonan itu kelihatan benar.

“Perkara  seperti ini yang saya terangkan kepada keluarga saya dan mereka faham. Mereka sentiasa menyokong saya dan tidak pernah menghalang saya daripada berlakon drama ini,” kongsinya.

Namun Afieq akui kadangkala dia turut rasa tertekan tatkala dikecam netizen.

“Tekanan itu memang ada. Saya bawa imej sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara. Nak imbangi kesemua peranan ini sangat sukar. Sebagai pelakon tanggungjawab saya adalah melakonkan babak yang telah ditulis.

“Sebagai penyanyi adakalanya ada pihak yang pandang serong pada saya. Mereka kata saya acah-acah baik sedangkan bila berlakon buat macam-macam. Mulut orang saya tak dapat nak tutup.

“Saya hanya jalankan tugas sebagai seorang pelakon. Dalam dunia sebenar saya tidak seperti yang dilihat di dalam drama,” katanya.

Bercerita lebih lanjut tentang babak intimnya bersama Fasha, kata Afieq, dia dan Fasha sepakat mahu melakonkan babak tersebut sekali sahaja tanpa perlu ulang banyak kali.

“Saya dah Fasha beritahu pengarah agar babak-babak intim ini dilakukan sekali sahaja. Jadi kami banyak berbincang sebelum penggambaran agar semuanya berjalan lancar dan tak perlu ulang banyak kali. Akhirnya kami berjaya lakukan hanya sekali sahaja,” kongsinya.

Rampas Cintaku 2 akan mula ditayangkan di platform penstriman iQiyi Malaysia bermula 19 Januari 2024. – 18 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Sim Tze Tzin seeks PKR veep post, vows to strengthen party’s future

Bayan Baru MP declares candidacy, drawing on decades of reformist struggle and unwavering loyalty to the party

Mydin launches first local wholesaler e-wallet app for cashless shopping

Apart from simplifying transactions, it delivers personalised promotions to enhance customer experience, promote digitalisation

Lebih 12 jam di atas jalan tidak jamin pendapatan mencukupi, demikian pandangan sebahagian penghantar makanan

Waktu kerja yang panjang dan pendapatan yang tidak terjamin menjadi halangan kepada penghantar makanan kebelakangan ini dengan sebahagiannya mempertimbangkan untuk bertukar kepada platform lain atau – mencari kerja baharu.

Related