Gara-gara peminat tak boleh ‘move on’, Anuar Zain adakan konsert Februari ini

Konsert yang tiketnya hanya dijual kepada 1,000 peminat bertuah itu akan berlangsung pada 17 Februari

4:01 PM MYT

 

PETALING JAYA – Gara-gara ramai yang mengadu tidak puas dan tidak boleh ‘move on’ menonton konsertnya pada Oktober lalu, penyanyi popular, Anuar Zain akan mengubati hati peminatnya menerusi konsert istimewa Anuar Zain 40 Exclusive Up Close & Personal pada 17 Februari ini bertempat di Jio Space, Petaling Jaya.

Menurut Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, konsert istimewa ini dianjurkan sempena menghargai peminatnya yang telah hadir ke konsertnya pada Oktober lalu dan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-53 yang bakal disambut pada 15 Februari.

Anuar Zain membuat konsert istimewa ini sempena menghargai peminatnya yang telah hadir ke konsertnya pada Oktober lalu dan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-53 yang bakal disambut pada 15 Februari – Gambar penganjur, 20 Januari, 2024

“Ramai yang cakap pada saya mereka masih tak boleh ‘move on’ dari konsert yang lalu. Biarpun sudah lebih dua bulan ia berlalu. Malah sampai sekarang mereka masih muat naik di media sosial tentang konsert tersebut.

“Disebabkan itu kita anjurkan konsert istimewa ini yang lebih intim di mana hanya 1,000 tiket yang dijual. Saya juga akan turun ke bawah pentas untuk bertemu dengan peminat sewaktu konsert itu nanti.

“Lebih istimewa konsert ini akan berlangsung dua hari selepas sambutan hari lahir saya. Saya mahu jadikan ini kenangan terindah buat saya dan peminat,” katanya kepada Scoop.

Sebanyak 10 lagu akan disampaikan oleh Anuar sambil diiringi oleh lima pemuzik pada konsert itu nanti.

Tiket dijual berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’ dan bilangannya sangat terhad – Gambar penganjur, 20 Januari, 2024

Anuar walau bagaimananapun menegaskan dia berharap agar peminatnya tidak menyusahkan diri membeli hadiah untuknya sewaktu konsert itu nanti.

“Saya tidak mengharapkan sebarang hadiah. Cukuplah sekadar mendoakan saya. Lebih baik anda simpan wang tersebut untuk digunakan benda yang lebih berguna,” katanya.

Tiket dijual berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’ dan bilangannya sangat terhad.

Selepas pembelian, e-mel pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan dengan JioTix. Tiket akan dihantar melalui e-mel dua minggu sebelum tarikh acara.

Harga tiket bermula dari RM388, RM588 dan RM688. Tiket boleh dibeli di laman sesawang www.jiotix.asia. – 20 Januari, 2024

Topics

 

Popular

1MDB trial: Aug 20 fixed for CoA hearing on Najib’s bid to recuse judge Sequerah

The Court of Appeal has fixed August 20 to hear Datuk Seri Najib Razak’s appeal to recuse judge Datuk Collin Lawrence Sequerah from presiding over the ongoing RM2.27-billion 1Malaysia Development Bhd (1MDB) corruption trial

Cops arrest three mule account holders, duped victims of RM300,000

Victims report on suspects after making transactions online to different bank accounts

Unity govt ‘colour blind’ when supporting opposition states during disasters: Zahid

The unity government has never marginalised any opposition-ruled states in the provision of humanitarian aid during disasters, said Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Related