Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1705893696:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 159209
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:110:" Kementerian Ekonomi diberi tanggungjawab untuk memantau dan memastikan kelancaran proses pendaftaran terbabit";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => PADU
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Semua penjawat awam diminta mengemas kini maklumat dan data dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) selewat-lewatnya pada 15 Februari ini
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 206
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751886375";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752194600";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:0;i:1;i:4;i:1;}}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751684455";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:3;i:2;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752194600
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Penjawat awam diarah kemas kini maklumat PADU selewatnya 15 Februari ini | Scoop

Penjawat awam diarah kemas kini maklumat PADU selewatnya 15 Februari ini

Kementerian Ekonomi diberi tanggungjawab untuk memantau dan memastikan kelancaran proses pendaftaran terbabit

11:21 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua penjawat awam diminta mengemas kini maklumat dan data dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) selewat-lewatnya pada 15 Februari ini.

Perkara itu dinyatakan dalam surat edaran bertajuk ‘Pengemaskinian Maklumat dan Data Semua Penjawat Awam dalam PADU’ dikeluarkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz yang dikongsikan di Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini.

Surat edaran bertarikh 17 Januari lalu itu ditujukan kepada semua ketua jabatan Persekutuan, setiausaha kerajaan negeri, ketua pengurusan pihak berkuasa berkanun Persekutuan, ketua pengurusan pihak berkuasa berkanun negeri dan ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan.

“Sehubungan itu, semua pihak berkaitan (seperti di atas) adalah dimohon untuk memastikan seluruh warga kementerian dan agensi melakukan pendaftaran dan pengemaskinian di portal PADU, melalui pautan https://padu.gov.my.

“Ia selaras dengan permintaan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) semasa mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 14 Januari 2024 supaya semua penjawat awam, mengemas kini maklumat dan data dalam sistem PADU dengan kadar segera, selewat-lewatnya pada 15 Februari 2024,” katanya.

Menurutnya, Kementerian Ekonomi sudah diberi tanggungjawab untuk memantau dan memastikan kelancaran proses pendaftaran terbabit.

Sebarang pertanyaan berkaitan PADU, katanya, boleh dikemukakan kepada:

Pengarah Bahagian Ekonomi Makro
Kementerian Ekonomi
Datuk Dr Suhana Md Saleh
suhana.mdsaleh@ekonomi.gov.my atau menghubungi 03-80902281, dan/atau

Puan Noraini Ahmad
noraini@ekonomi.gov.my atau menghubungi 03-80902283.

PADU dilancarkan Perdana Menteri pada 2 Januari lalu dan dibuka secara langsung mulai hari sama, selepas hampir enam bulan ia dibangunkan serta melalui beberapa pengujian.

Sistem itu akan dibuka sehingga 31 Mac depan kepada pengguna bagi membolehkan pengemaskinian maklumat individu.

Pengemaskinian itu penting bagi membolehkan kerajaan mempunyai maklumat terkini dan memastikan tiada individu tercicir daripada menerima bantuan selayaknya.

Sistem PADU dilaksanakan secara dalaman oleh Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) tanpa membabitkan perunding luar, bagi membina kepakaran serta keupayaan penjawat awam, selain memastikan keselamatan data terjamin.

Maklumat itu meliputi individu dan isi rumah, antaranya berkaitan asas demografi, pendidikan, pekerjaan, pendapatan, komitmen dan bantuan diterima. – 22 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

E-hailing driver lured to palm plantation before being murdered, prosecution reveals

The prosecution in the trial of six policemen and a civilian who are charged with killing an e-hailing driver will adduce to show that the murder took place on January 13, 2023, where the deceased was lured out of a hotel in Tawau and ordered to drive with others in a car to an oil palm plantation where he was killed.

Shuhaily new Bukit Aman CID director

Kuala Lumpur police chief Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain has been appointed as the Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director effective August 30

Cuepacs sokong syor tiada kenaikan pangkat jika ketua jabatan tutup mata amalan rasuah

Pmbaharuan yang dilaksanakan Perdana Menteri itu tidak menggambarkan salah laku yang tinggi dalam perkhidmatan awam, sebaliknya hanya usaha untuk mentransformasikan perkhidmatan awam ke arah lebih baik

Related