3 lelaki Bangladesh ditahan, ceroboh rumah tanpa penghuni

Warga Bangladesh itu mengaku menduduki rumah tersebut sejak dua bulan lalu, dengan merosakkan kunci pintu dan menggantikannya dengan yang baharu

10:51 AM MYT

 

PUTRAJAYA — Tiga warga Bangladesh telah ditahan oleh polis selepas didakwa menceroboh sebuah unit pangsapuri di Puchong, dekat sini semalam.

Mereka, yang berusia antara 21 hingga 30 tahun itu telah ditahan pada 9 malam di rumah berkenaan dan akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

“Warga Bangladesh itu mengaku menduduki rumah berkenaan sejak dua bulan lalu, dengan merosakkan kunci pintu dan menggantikannya dengan yang baharu,’’ katanya kepada media.

Terdahulu, satu laporan polis telah dibuat oleh pemilik rumah tersebut di Balai Polis Ayer Tawar Putih, Kemanan, Terengganu dan dijadikan laporan kepada Balai Polis Putra Perdana, Puchong.

Ahad lalu, seorang lelaki terkejut apabila mendapati rumah kenalannya di Puchong yang dibiarkan kosong sejak 10 tahun lalu telah diceroboh dan didiami warga asing.

Menurut akaun media sosialnya, Srilabu Kedah berkata, perkara itu diketahui selepas kenalannya meminta dia menjual unit pangsapuri terbabit. – 23 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

Liverpool crowned Premier League champs, match Man Utd’s record of 20 top titles

Historic win before Anfield crowd delivered by Mo Salah, affirmation for Arne Slot in his debut season with the Reds

National football legend Khalid Ali dies at 66

The Football Association of Malaysia (FAM) announced Khalid’s death in a Facebook post today, which said that he had been fighting lung cancer for nearly a year.

Related