Polis percaya cemburu merupakan motif pembunuhan Bella

Razarudin berkata suspek kes pembunuhan Bella telahpun dituduh di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi tadi

2:22 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Polis mempercayai motif pembunuhan  ibu tunggal Mila Sharmilah Samsusah, 32, yang hilang sejak 14 Disember lepas, adalah disebabkan cemburu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau juga berkata punca kematian wanita berkenaan disebabkan keretakan di kepala yang terkena  benda tumpul.  

“Motif pembunuhan Bella ini adalah mungkin cemburu, macam saya cakap sebelum ni di Kuala Lumpur, kes bunuh ini mesti mempunyai motif.

“Daripada motif tersebutlah, kita akan memulakan (siasatan) di situ, dapat bayangan ke arah motif. Inilah motif (pembunuhan Bella) yang kita dapat tahu,” kata beliau kepada pemberita selepas menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Razarudin berkata suspek kes pembunuhan Bella telahpun dituduh di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi tadi.

Beliau juga menafikan dakwaan di media sosial bahawa polis seolah-olah memberi ‘layanan mesra’ kepada suspek dalam siasatan kes itu dan menjelaskan kali pertama suspek utama ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 364 Kanun Keseksaan iaitu melarikan orang.

Namun, Razarudin berkata setelah keterangan diambil, suspek diberi jaminan polis kerana pihaknya mendapati tidak cukup bukti dan selepas terdapat bukti-bukti dan keterangan baharu, pihaknya menahan suspek sekali lagi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

“Bukti-bukti dan keterangan (baharu) membolehkan kita menangkap dan siasatan seterusnya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh. Bukan kata kita bebaskan sebab hendak bagi peluang dia pergi umrah, tidak,” katanya lagi.

Pagi tadi, seorang posmen yang merupakan teman lelaki kepada Bella, Mohammad Haikal Mahfuz, 25, didakwa membunuh ibu kepada dua anak itu, antara 11 malam 14 Disember sehingga 5.20 pagi, 15 Disember lepas.

Jumaat lepas, polis menemui rangka manusia tidak lengkap di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani di Batu Pahat, selepas dipandu arah oleh seorang daripada suspek utama kes kehilangan wanita berkenaan.

Wanita berkenaan dilaporkan hilang sejak 14 Disember lepas selepas gagal dihubungi setelah dikatakan menaiki kereta teman lelakinya untuk mencuci pakaian di kedai dobi berhampiran. – 24 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Related