Tiong gesa orang ramai tidak buat spekulasi membuta tuli terhadap cadangan pemansuhan skim pencen

Beliau berharap semua pihak dapat melibat perkara berkenaan secara rasional dan dari perspektif jangka panjang

5:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Orang ramai perlu melihat kajian semula sistem pencen perkhidmatan awam dan menggantikannya dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara lebih komprehensif dan tidak membuat spekulasi secara membuta tuli mengenai isu berkenaan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, jika kajian semula itu membolehkan negara mendapat lebih banyak dana untuk membantu golongan kurang bernasib baik, menaik taraf infrastuktur luar bandar, melaksanakan rancangan pembangunan maka ia antara lain akan mewujudkan masa depan yang cerah untuk semua rakyat Malaysia.

“Lebih-lebih lagi sekarang apabila Malaysia berada di peringkat transformasi ekonomi.

“Jika kita mahu meningkatkan daya saing di pentas antarabangsa, pembaharuan itu tidak dapat dielakkan untuk melaksanakan pembaharuan apabila zaman berkembang.

“Dan tentu saja ia akan mengambil sedikit masa. Sebarang pembaharuan akan melalui tempoh yang ‘menyakitkan’ sebelum ia berjalan lancar dan mencapai keputusan yang diharapkan,’’ katanya pada majlis makan malam Tahun Baharu Cina anjuran Parti Demokratik Progresif (PDP) di Sibu, malam tadi.

Terdahulu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.

Tiong King Sin menjelaskan, jika sistem baharu penjawat awam tidak dilaksanakan, kerajaan perlu menanggung perbelanjaan persaraan sebanyak RM120 bilion pada 2024. – Gambar Bernama, 28 Januari, 2024

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, Cuepacs berpendirian sistem persaraan yang ada pada ketika ini adalah yang terbaik serta bersesuaian dengan kedudukan gaji penjawat awam bagi mereka meneruskan kehidupan di hari tua nanti.

Mengulas lanjut, King Sing mengakui cadangan berkenaan telah menimbulkan perbincangan hangat di kalangan orang ramai.

Malah beberapa pemimpin politik daripada parti pemerintah serta pembangkang telah mengambil peluang untuk mengeksploitasi isu ini dan percaya bahawa kerajaan tidak seharusnya melakukan pembaharuan sedemikian.

“Dalam hal ini, saya harap semua orang dapat berfikir dengan mendalam, Setiap tahun sebahagian besar (peruntukan) digunakan untuk membayar pencen kakitangan awam.

“Jika sistem baharu ini tidak dilaksanakan, kerajaan perlu menanggung perbelanjaan persaraan sebanyak RM120 bilion pada 2024,’’ katanya.

Justeru, King Sing berharap semua pihak dapat melihat perkara berkenaan menerusi pelbagai isu daripada aspek yang lebih rasional serta dari perspektif jangka panjang apatah lagi pembaharuan bukan sekadar slogan sebaliknya ia memerlukan tindakan praktikal. – 28 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Blame yourself for missing unity govt bus: Fahmi tells PN

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) can only blame itself for not being a part of the administration, as the coalition rejected the Yang di-Pertuan Agong’s proposal to form a unity government,...

IoT class participants learn basic coding within two hours at Penang NTW carnival

This includes 11-tahun-old boy who developed simple coding without prior knowledge 

Aug 9 hearing for Daim’s application for different judge in asset declaration case

The former finance minister will be required to attend the proceedings

Related