Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah berangkat ke Kuala Lumpur

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan berangkat ke Istana Negara bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-17, Rabu ini

6:32 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berangkat secara rasmi ke Kuala Lumpur hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsi di platform media sosial itu.

Mengiringi Permaisuri Johor ialah paduka anakanda, Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Bacaan doa mengiringi Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang berangkat secara rasmi ke Kuala Lumpur di Hangar Diraja Johor Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hari ini. – Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, 29 Januari, 2024

Turut hadir Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M Kumar serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Johor.

Sultan Ibrahim akan berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Rabu ini.

Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan esok. – 29 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Akui jualan bisnes terkesan bila TikTok Shop ditutup, Luna Maya tetap sokong tindakan pemerintah yang mahu melindungi bisnes masyarakat lokal

Pelakon jelita Indonesia, Luna Maya mengakui keputusan kerajaan Indonesia untuk menutup Tik Tok Shop secara rasmi pada 4 Oktober lalu telah memberikan impak yang cukup besar kepada bisnes yang diusahakannya.

Related