Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1706534565:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 256
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 162217
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:112:"Menurut Liza dia mula mengalami demam dan sakit dada sejak Isnin lalu selepas pulang dari bercuti di luar negara";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Liza Hanim
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Berbaki beberapa hari menjelang konsert solonya yang pertama, penyanyi Liza Hanim meluahkan rasa bimbang kerana dirinya kini berada
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750762029";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:16;i:1;i:10;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751035831";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:14;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751035831
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
Sakit dada menjelang konsert solo, Liza Hanim luah rasa bimbang ‘saya tak pernah semput sebelum ini’ | Scoop

Sakit dada menjelang konsert solo, Liza Hanim luah rasa bimbang ‘saya tak pernah semput sebelum ini’

Menurut Liza dia mula mengalami demam dan sakit dada sejak Isnin lalu selepas pulang dari bercuti di luar negara

9:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Berbaki beberapa hari menjelang konsert solonya yang pertama, penyanyi Liza Hanim meluahkan rasa bimbang kerana dirinya kini berada dalam keadaan kurang sihat.

Liza dijadualkan mengadakan Konsert Liza Hanim 27 Years Journey In Concert pada 4 Februari ini di Zepp Kuala Lumpur pada 8.30 malam.

Menurut Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 45, dia mengalami sakit dada selepas demam sejak minggu lalu.

“Persiapan menjelang konsert sebenarnya berjalan lancar, cuma saya kini mengalami sakit dada yang membuatkan latihan vokal sedikit terganggu.

“Pada mulanya saya ingatkan saya kena Covid-19 kerana demam teruk. Tetapi selepas membuat pemeriksaan, doktor beritahu saya terkena jangkitan virus.

“Saya terpaksa ambil dua jenis antibiotik. Yang pertama tak berapa nak berkesan. Yang kedua barulah ada nampak perubahan.

“Saya anggap ini sebagai dugaan menjelang konsert,” katanya ketika ditemui di sesi latihan konsertnya.

Menurut penyanyi lagu popular Gelisah Mimpi itu, sakit dada yang dialami membuatkan nyanyiannya menjadi tidak sempurna gara-gara semput. – Ga,bar Instagram Liza Hanim, 29 Januari 2024

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Gelisah Mimpi ini lagi, sakit dada yang dialaminya membuatkan nyanyiannya menjadi tidak sempurna gara-gara semput.

“Saya tak pernah semput sebelum ini. Saya tak pernah kena asma dan sebagainya. Saya anggap ini sesuatu yang baru untuk saya. Saya tak tahu nak ‘handle’ kerana tak pernah alami sebelum ini.

“Saya cuma berharap bila tiba hari konsert nanti dapat 80% sihat pun saya dah bersyukur manakala 20% lagi energi daripada penonton,” ujarnya.

Dalam pada itu, Liza turut meluahkan rasa terujanya untuk melangsungkan konsert solonya yang pertama selepas 27 tahun bergelar penyanyi.

Kongsi Liza sebelum ini dia pernah memasang niat untuk menganjurkan konsert, tetapi banyak kali terhenti di tengah jalan.

“Dulu sangat susah nak cari penaja. Bila kertas kerja semua dah siap, tiba-tiba tak dapat teruskan kerana tiada penaja. Sampai saya rasa adakah tak ada orang nak tengok saya menyanyi.

“Tetapi saya percaya dengan rezeki Allah. Alhamdulillah, My Creative Ventures membuka peluang untuk memberi dana. Permohonan saya diterima dan akhirnya impian saya menjadi kenyataan.

“Biarpun tiket belum ‘sold out’ tetapi saya percaya semua yang hadir nanti mereka adalah peminat setia saya dari saya mula menjadi penyanyi.

“Mereka membesar dengan lagu-lagu saya. Malah mereka beritahu saya sudah siap dengan buku lirik, dan sudah hafal lagu-lagu saya untuk dinyanyikan pada malam konsert itu nanti,” kongsinya. – 29 Januari 202

Topics

 

Popular

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related