Bersatu simpati, Umno gagal bebaskan Najib sepenuhnya

Datuk Razali Idris yakin sokongan undi Melayu Bumiputera akan beralih menerusi gelombang yang lebih besar kepada Perikatan Nasional terutama pada Pilihan Raya Umum ke-16 ini

8:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Umno gagal untuk membebaskan Datuk Seri Najib Razak sepenuhnya justeru ia menunjukkan laungan Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di depan akar umbinya sekadar omongan kosong.

Bagaimanapun, kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris, mungkin Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya lega seketika kerana ‘Bossku’ (panggilan kepada Najib) hanya dibebaskan pada Ogos 2028.

“Rezeki Datuk Seri Najib Razak diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya selepas disabitkan kesalahan pada 2022, sekali gus menyaksikan bekas Perdana Menteri itu bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028,”tanya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai keputusan Lembaga Pengampunan hari ini yang bersetuju untuk Najib dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210,000,000 dikurangkan kepada RM50,000,000.

Menurut Urusetia Lembaga Pengampunan, jika denda itu tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.

Datuk Razali Idris mendakwa, Pakatan Harapan dan sekutunya mungkin lega seketika kerana ‘Bossku’ hanya dibebaskan pada Ogos 2028. – Gambar Facebook Razali Idris, 2 Februari, 2024

Razali juga melahirkan keyakinan bahawa sokongan undi Melayu Bumiputera akan beralih menerusi gelombang yang lebih besar kepada Perikatan Nasional (PN) terutama pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) ini.

Ini kerana, katanya pengundi Cina, India serta pengundi muda dan baharu akan memihak kepada pembangkang kerana simpati dengan Najib.

“PN dan Bersatu mendoakan kesejahteraan Datuk Seri Najib Razak dan terus bersabar serta bertabah mendepani ujian getir ini. Perjuangan benar perlu ditegakkan,’’ katanya. – 2 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

Liverpool crowned Premier League champs, match Man Utd’s record of 20 top titles

Historic win before Anfield crowd delivered by Mo Salah, affirmation for Arne Slot in his debut season with the Reds

National football legend Khalid Ali dies at 66

The Football Association of Malaysia (FAM) announced Khalid’s death in a Facebook post today, which said that he had been fighting lung cancer for nearly a year.

Related