Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1707092502:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 273
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 164385
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-140984
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-140984
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:102:"‘Orang kanan’ itu telah dipanggil SPRM untuk dirakam keterangan bersekali dengan bekas PM tersebut";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => SPRM
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan terhadap ‘orang kanan’ bekas Perdana Menteri berpangkat ‘Datuk’
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 65
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752530826";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753024348";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:15;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753024348
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_wp_old_slug] => Array
        (
            [0] => isu-dana-rm700-juta-sprm-buka-kertas-siasatan-terhadap-orang-kanan-bekas-pm-berpangkat-datuk
        )

)
Isu dana RM700 juta: SPRM buka kertas siasatan terhadap ‘orang kanan’ bekas PM berpangkat Datuk | Scoop

Isu dana RM700 juta: SPRM buka kertas siasatan terhadap ‘orang kanan’ bekas PM berpangkat Datuk

‘Orang kanan’ itu telah dipanggil SPRM untuk dirakam keterangan bersekali dengan bekas PM tersebut

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan terhadap ‘orang kanan’ bekas Perdana Menteri berpangkat ‘Datuk’ atas dakwaan rasuah melibatkan perbelanjaan program media Keluarga Malaysia.

Sumber SPRM memberitahu Scoop, ‘orang kanan’ tersebut telah dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya, bagi membantu siasatan pada 10 Januari lalu.

“Kita sudah panggil dia untuk dirakam keterangan pada tarikh sama bekas Perdana Menteri itu dipanggil untuk siasatan penggunaan dana RM700 juta untuk tujuan publisiti dan promosi semasa pentadbirannya.

“Ini melibatkan program media Keluarga Malaysia yang dikatakan perbelanjaannya tidak munasabah.

“Siasatan terhadap kedua-dua mereka masih dijalankan,” katanya.

Sumber menambah, selain dua individu berkenaan, saksi-saksi lain turut dipanggil bagi membantu siasatan.

Pada 10 Januari lalu, SPRM mengesahkan telah memanggil seorang bekas Perdana Menteri bagi membantu siasatan penggunaan dana RM700 juta untuk tujuan publisiti dan promosi semasa pentadbirannya. – Gambar Scoop, 5 Februari, 2024

Sementara itu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Scoop mengesahkan siasatan masih dijalankan melibatkan isu Keluarga Malaysia.

Beliau turut mengesahkan beberapa saksi lain masih dipanggil bagi melengkapkan siasatan.

Pada 10 Januari lalu, SPRM mengesahkan telah memanggil bekas Perdana Menteri membantu siasatan penggunaan dana RM700 juta untuk tujuan publisiti dan promosi semasa pentadbirannya.

Sebelum ini sumber memberitahu, SPRM telah ke Kementerian Kewangan (MoF) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk proses siasatan serta mengumpul maklumat serta mendapatkan dokumen berkaitan pada 2 Januari lalu.

Katanya, siasatan itu dibuat berdasarkan maklumat awal, sebagaimana dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran pada November lalu.

Prabakaran ketika itu meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah keseluruhan dibelanjakan kerajaan untuk kerja promosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian kerajaan, menerusi semua platform media massa, termasuk media cetak, media digital serta televisyen sepanjang tahun sejak 2020, hingga kini.

Susulan kenyataan Anwar itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut membuat catatan di X baru-baru ini, bahawa rakyat berhak mengetahui bagaimana RM700 juta dibelanjakan.

Pada 2 Januari lalu, SPRM dilaporkan telah pergi ke Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri untuk proses siasatan serta mengumpul maklumat, selain mendapatkan dokumen berkaitan. – Gambar Scoop, 5 Februari, 2024

“SPRM mengambil tindakan proaktif menjalankan siasatan sebagaimana pendedahan mengenai penggunaan wang RM700 juta, baru-baru ini.

“Siasatan awal menjurus kepada bagaimana wang itu, dibelanjakan dan adakah proses mengikut tatacara yang betul,” katanya.

Menerusi laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Setapak pada 30 Disember 2023, ia merujuk kepada artikel berita media bertarikh 11 November yang menyatakan bahawa jumlah dibelanjakan adalah untuk menghebahkan agenda kerajaan terdahulu dari tahun 2020 hingga 2022.

“Jumlah dibelanjakan adalah besar, saya rasa ia tidak sesuai dan menuntut supaya ada perincian di mana RM700 juta wang rakyat ini dibelanjakan kerajaan terdahulu,” menurut laporan polis itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, kes terbabit sudah dirujuk kepada MoF. – 5 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Sim Tze Tzin seeks PKR veep post, vows to strengthen party’s future

Bayan Baru MP declares candidacy, drawing on decades of reformist struggle and unwavering loyalty to the party

Rules on p-hailing charges, riders’ earnings coming: Transport Ministry

Regulations being drafted now that amendments to Land Public Transport Act on expanding regulatory control over the industry are in force

Ticket prices no excuse: fans urged to support Harimau Malaya

Ticket prices should not be an issue for loyal football fans flocking to the stadium tomorrow to support Harimau Malaya in the opening Group D match against Kyrgyzstan in the second round of the 2026 World Cup/2027 Asian Cup Qualifiers.

Related