BAP: Anwar harap ibu bapa kaya beri RM150 kepada keluarga lebih memerlukan

Bantuan diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira status kewangan kerana prosedur untuk menetapkan kriteria agak rumit

11:35 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap supaya ibu bapa yang memiliki kemampuan kewangan tinggi, supaya memberikan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 diterima mereka kepada keluarga yang lebih memerlukan.

Perdana Menteri berkata, memandangkan pemberian bantuan itu disalurkan kerajaan kepada semua pelajar tanpa mengira status kewangan demi keadilan, beliau berharap ibu bapa yang memiliki kemampuan lebih daripada aspek ekonomi supaya berbuat demikian.

“Kriteria sekarang…kalau dulu murid daripada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah (terima), ramai penjawat awam protes buat rayuan, (jadi) oleh kerana rayuan itu kita bagi peluang kepada semua murid, susah nak buat penilaian.

“Cuma kita harap orang itu kalau betul-betul kaya sepatutnya dia ambil RM150, dia bagi pada orang lain, tapi untuk nak ukuran dia punya kriteria tu dia punya hal prosedur terlalu banyak, (akhirnya) kita kata RM150 untuk anak-anak sekolah (jadi) tak apa lah, (kita beri),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Program BAP diperluas membabitkan pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Lima, dengan ia diagihkan pada Januari lalu.

Bantuan itu bertujuan membantu pengurusan persekolahan pelajar, sekali gus meringankan bebanan kewangan keluarga.

Pada 2022 hingga 2023, jumlah dana serta bilangan penerima bantuan itu meningkat, iaitu RM450 juta pada 2022 kepada mencecah RM800 juta (2023).

Manakala, bantuan itu membabitkan tiga juta penerima pada 2022, tetapi meningkat kepada lima juta pada tahun lalu. – 6 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Sambutan Hari Merdeka yang cukup luar biasa, PM zahir penghargaan pada semua

Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

National football legend Khalid Ali dies at 66

The Football Association of Malaysia (FAM) announced Khalid’s death in a Facebook post today, which said that he had been fighting lung cancer for nearly a year.

Liverpool crowned Premier League champs, match Man Utd’s record of 20 top titles

Historic win before Anfield crowd delivered by Mo Salah, affirmation for Arne Slot in his debut season with the Reds

Related