Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1707196760:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 367
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 164838
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:139:"Wan Ahmad Farhaan Wan Kia Salleh Nor, 32, serta Mohd Fami Sharin, 50, dilepas dan bebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => syarikat sarung tangan
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan dua pengarah syarikat atas pertuduhan menipu seorang lelaki
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 53
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748218553";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:0;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748425253";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748656851";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:3:{i:8;i:1;i:2;i:1;i:9;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748656851
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_yoast_wpseo_title] => Array
        (
            [0] => Tiada prima facie, dua rakan bebas tuduhan tipu sarung tangan getah RM1 juta
        )

    [_wp_old_slug] => Array
        (
            [0] => tiada-prima-facie-dua-pengarah-syarikat-bebas-tuduhan-tipu-sarung-tangan-getah-rm1-juta
        )

)
Tiada prima facie, dua rakan bebas tuduhan tipu sarung tangan getah RM1 juta

Tiada prima facie, dua rakan bebas tuduhan tipu sarung tangan getah RM1 juta

Wan Ahmad Farhaan Wan Kia Salleh Nor, 32, serta Mohd Fami Sharin, 50, dilepas dan bebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri

12:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan dua rakan atas pertuduhan menipu seorang lelaki, berhubung pengedaran 180,000 kotak sarung tangan getah membabitkan kerugian lebih RM1 juta, tiga tahun lalu.

Wan Ahmad Farhaan Wan Kia Salleh Nor, 32, serta Mohd Fami Sharin, 50, dilepas dan bebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Mohd Kafli Che Ali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh di akhir kes pendakwaan.

“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan intipati palsu yang dilakukan tertuduh yang menyebabkan mangsa diperdayakan.

“Tiada unsur penipuan yang dapat dibuktikan pihak pendakwaan, malah berdasarkan keterangan saksi pendakwaan kedua (SP2) dan saksi pendakwaan ketiga (SP3) yang mengakui bahawa mereka secara sukarela menandatangani beberapa siri draf penjanjian tersebut.

“Selain itu, tiada keterangan tertuduh yang secara curangnya mendorong saksi pendakwaan untuk menyerahkan wang itu.

“Mahkamah mendapati kes ini lebih kepada kemungkiran kontrak, maka atas alasan tersebut, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri serta wang jaminan RM30,000 dikembalikan semula kepada penjamin,” katanya.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur turut membebaskan Mohd Fami Sharin atas dakwaan menipu tanpa dipanggil membela diri. – Azim Rahman/Scoop, 6 Februari, 2024

Mengikut pertuduhan, Wan Ahmad Farhaan dan Mohd Fami didakwa menipu Mohamad Faiz Yaacob, 35, dan Saleh Nabil Salah Mahmoud Abdalkader Alarabi, yang mewakili syarikat Yummylooks Sdn Bhd bahawa kedua-dua tertuduh akan mengedarkan 180,000 kotak produk itu sehingga mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM1,001,650 ke akaun bank atas nama Syarikat Tuntas Abadi Sdn Bhd milik tertuduh pertama (Wan Ahmad Farhaan).

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Jalan Damansara, Taman Tun Dr Ismail di sini pada 17 Mac 2021, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noorhani Muhmed Ayub, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ramzani Idris dan Haresh Mahadevan.

Lima saksi dipanggil sepanjang prosiding perbicaraan kes itu yang bermula sejak 2022. – 6 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Umur persaraan hakim syarie dicadang dinaikkan kepada 66 tahun

Umur persaraan Hakim Mahkamah Syariah di negara ini, dicadang dilanjutkan daripada 60 tahun kepada 66 tahun ketika ini.

Trailer filem pelakon Tamil Vijay raih 1 juta tanda suka dalam 21 minit di YouTube

Dalam satu pencapaian yang luar biasa, trailer filem terbaharu pelakon Tamil Vijay bertajuk Leo telah memecahkan rekod dengan menjadi trailer filem India yang paling pantas mendapat sejuta tanda suka di YouTube

Pembangkang patut semak imbang Kerajaan Perpaduan secara munasabah, ‘laksana tanggungjawab moral anda’: Najwan

Pembangkang dicabar memainkan peranan mereka sebaik mungkin untuk melakukan ‘semak dan imbang’ dengan munasabah dalam situasi kestabilan pentadbiran ditunjukkan Kerajaan Perpaduan ketika ini

Related