Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1707305501:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 165305
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:142:"Kesemua tangkapan itu dibuat oleh Pasukan Khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah bersama Pasukan Gerakan Am Briged Utara pada kira-kira 3 petang";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => pendatang
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Seramai tujuh lagi pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor berjaya ditahan dalam kebun FELCRA 
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 197
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748450472";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:16;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748812063";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:21;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748812063
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Tujuh lagi pendatang tanpa izin lolos ditahan, 98 berjaya diberkas setakat ini | Scoop

Tujuh lagi pendatang tanpa izin lolos ditahan, 98 berjaya diberkas setakat ini

Kesemua tangkapan itu dibuat oleh Pasukan Khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah bersama Pasukan Gerakan Am Briged Utara pada kira-kira 3 petang

7:31 PM MYT

 

TAPAH – Seramai tujuh lagi pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor berjaya ditahan dalam kebun FELCRA Jalan Kachu di sini petang ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kesemua tangkapan itu dibuat oleh Pasukan Khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah bersama Pasukan Gerakan Am Briged Utara pada kira-kira 3 petang.

“Tangkapan terbaru itu menjadikan seramai 98 pendatang tanpa izin yang lolos telah ditangkap semula setakat ini manakala 31 lagi masih bebas,” katanya dalam kenyataan. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi ketika ditemui media berkata tujuh tahanan diberkas setelah dikejar 20 anggota sejauh kira-kira 500 meter selepas menerima maklumat mengenai lokasi kumpulan itu berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah selatan.

Beliau berkata baki tahanan lain dipercayai masih berada di kawasan berdekatan seperti hentian rehat untuk mereka mendapatkan makanan kerana tidak mempunyai sebarang bekalan barangan keperluan asas.

“Kami mengalami kesukaran terutamanya atas faktor geografi yang kawasan pencarian adalah berbukit bukau dan keadaan tanah yang hanya boleh diakses menggunakan kenderaan pacuan empat roda sepanjang operasi selain cuaca tidak menentu.

“Jadi kami memerlukan kerjasama dan maklumat orang ramai supaya segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya mempunyai maklumat,” katanya.

Dalam kejadian pada 9.50 malam Khamis lepas, seramai 131 tahanan terdiri daripada etnik Rohingya serta warga Myanmar dan Bangladesh, meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, dengan semua tahanan itu merusuh selain merosakkan pagar depot sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, dua daripada tahanan yang lolos itu meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya. – 7 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Sejarah kekal subjek wajib lulus SPM: Fadhlina

Mata pelajaran Sejarah masih dikekalkan sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selaras dengan usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam gagasan Malaysia Madani

UiTM admission policy permanent: vice-chancellor reaffirms commitment to Bumiputera-only

He confirms no change in admission policy despite Malaysian Medical Association's appeal amid specialist shortage

Lapor MCMC jika gambar, video anak dijadikan kandungan tanpa kebenaran

Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak diminta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekiranya rakaman gambar dan video anak-anak mereka dijadikan kandungan media sosial oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran.

Related