Konsert Coldplay di Malaysia lakar sejarah, catat penonton paling ramai dengan 81,812 orang meski berlangsung sehari

Kutipan gelang Xyloband daripada konsert di Kuala Lumpur antara yang paling banyak, mencecah jumlah 91 peratus

9:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun konsert Coldplay: Music of The Spheres World Tour hanya berlangsung sehari di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November tahun lalu, ia mencatatkan jumlah kehadiran penonton sebanyak 81,812 orang.

Sekali gus, ia menjadikan konsert kumpulan itu di Kuala Lumpur paling ramai dihadiri penonton dalam sejarah kerjaya muzik serta konsert yang pernah mereka jayakan sebelum ini, selain mencatatkan jumlah keuntungan kasar melebihi RM51 juta.

Pun begitu, kutipan gelang Xyloband daripada konsert di Kuala Lumpur adalah antara yang paling banyak sekali kerana ia mencecah jumlah 91 peratus.

Jumlah peratusan kutipan gelang Xyloband dipaparkan di konsert Coldplay di Stadium Rajamangala, Bangkok pada 4 Februari. — Gambar Scoop, 8 Februari, 2024

Sebelum ini, rekod paling ramai penonton yang dicatatkan Coldplay di dalam konsert mereka adalah di Croke Park, Ireland iaitu seramai 80,398 orang penonton.

Bayangkan, berapa agaknya jumlah penonton yang menyaksikan konsert Coldplay di Kuala Lumpur jika ia diadakan selama dua atau tiga hari berturut-turut?

Konsert Coldplay di Singapura diadakan selama enam hari, namun jumlah penontonnya gagal mengatasi jumlah penonton di Kuala Lumpur selama sehari!

Namun, hal ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana hingga saat ini, Malaysia sememangnya memiliki fanbase muzik rock yang sangat besar dan cukup meluas sekali.

Bahkan, hubungan peminat rock dengan Brit Rock bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia bermula sewaktu meledaknya zaman kegemilangan muzik rock di Malaysia pada era 80-an.

Pada era inilah, industri muzik rakaman Malaysia dikuasai dengan kemunculan pelbagai band muzik rock, termasuklah Search, Lefthanded, May, Bumiputra Rockers dan Wings yang hingga kini kekal menjadi antara band rock gergasi tanah air.

Rata-rata mereka cenderung dengan pengaruh muzik glam rock, heavy rock, rock n roll serta rock ballad daripada Amerika Syarikat, termasuklah Brit Rock dari tahun 1970-an dan 1980-an.

Era kegemilangan muzik rock di Malaysia bagaimanapun mula berakhir selepas kerajaan mengeluarkan arahan supaya rockers memotong rambut, disusuli dengan detik yang memedihkan pada 1992 apabila Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Mohamed Rahmat (sebelum bergelar Tan Sri) memotong rambut vokalis Wings, Awie dan vokalis Search, Amy dalam satu siaran langsung di RTM pada 1 November.

Detik itu adalah titik-tolak bermulanya kewujudan muzik sub-culture secara meluas di Malaysia.

Pada era muzik sub-culture ini, bermacam genre muzik muncul, iaitu daripada alternative rock, grunge, punk, thrash, metal sehingga reggae.

Namun, kebanyakan artis bergerak melalui gerakan tapak bebas dan melakukan persembahan secara gigs seperti mana gerakan artis tapak bebas di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Pada era ini juga, Brit rock atau juga dikenali sebagai Britpop, kembali mendominasi industri muzik dunia dan kebanyakan generasi yang membesar dengan muzik rock, mula mengikuti band muzik seperti Oasis, Blur, The Verve, Radiohead dan selepas berakhirnya kegemilangan era muzik grunge, muncullah Coldplay dengan stail Brit Rock tersendiri mereka.

Peminat rock di Malaysia memang cenderung meminati Coldplay dan hal ini juga sepatutnya dinilai menerusi jualan album secara fizikal (di awal kemunculan Coldplay), sehingga bermulanya penstriminan muzik melalui platform digital.

Tetapi mengapa venue seperti Kuala Lumpur yang memiliki fanbase rock yang besar gagal mendapat penganjuran konsert Coldplay lebih daripada sehari? Tidak masuk akal langsung.

Apapun, konsert di Jakarta tidak kurang hebatnya yang mana konsert tersebut adalah konsert paling menguntungkan berbanding konsert Coldplay yang lain.

Konsert Coldplay di Jakarta berjaya membuat kutipan sebanyak USD13, 893,822 (RM66,258,164.55 juta) daripada 78,541 tiket. – 8 Februari, 2024

Topics

 

Popular

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related