Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1707565090:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 166392
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:79:"Bayi tersebut dihantar ke sebuah pusat asuhan di Semenyih sejak Ogos tahun lalu";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => taska abai bayi
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Bayi tersebut dihantar ke sebuah pusat asuhan di Semenyih sejak Ogos tahun lalu
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 54
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 379
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748432107";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748794971";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:3:{i:20;i:1;i:16;i:1;i:22;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748794971
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
2 pembantu taska ditahan disyaki dera, abai bayi autisme | Scoop

2 pembantu taska ditahan disyaki dera, abai bayi autisme

Bayi tersebut dihantar ke sebuah pusat asuhan di Semenyih sejak Ogos tahun lalu

7:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua pembantu taska di Semenyih ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan dan pengabaian seorang bayi autisme pada 24 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 35 tahun pada 27 Januari lalu mendakwa terdapat kesan lebam di dahi bayi perempuannya berusia 11 bulan semasa diambil dari taska berkenaan.

Menurutnya, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di taska terbabit mendapati mangsa terjatuh dari kerusi bayi.

“Mangsa dihantar ke pusat asuhan itu sejak Ogos 2023. Pemeriksaan dilakukan di Hospital Kajang mendapati mangsa disahkan mengalami ‘soft tissue injury over frontal’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, ibu mangsa memaklumkan menerima mesej daripada individu tidak dikenali selepas kejadian tular yang menghantar beberapa video memaparkan perbuatan disyaki penderaan dan pengabaian terhadap mangsa oleh pengasuh di taska terbabit.

Susulan itu, katanya, pihak polis menahan dua wanita masing-masing berusia 22 tahun yang juga pengasuh di taska berkenaan kira-kira jam 2 petang pada 29 Januari lalu.

Katanya, ujian awal saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dan semakan dilakukan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah.

“Kedua-dua suspek kemudian diberi jamin selepas keterangan diambil dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan sebelum kertas siasatan dilengkapkan untuk dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Faeez Norzah di talian 013-2773407 bagi membantu siasatan,” katanya. – 10 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Sejarah kekal subjek wajib lulus SPM: Fadhlina

Mata pelajaran Sejarah masih dikekalkan sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selaras dengan usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam gagasan Malaysia Madani

UiTM admission policy permanent: vice-chancellor reaffirms commitment to Bumiputera-only

He confirms no change in admission policy despite Malaysian Medical Association's appeal amid specialist shortage

Terengganu MB reveals state exco portfolios

Terengganu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar today announced the list of 11 portfolios for the state executive councillors, including a representative from Bersatu.

Related