Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1707657859:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 318
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 166723
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:155:"Razeef Rakimin mencabar Datuk Razali Idris untuk mengulangi kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkait hukum Islam tidak lagi menjadi kesalahan di Kelantan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Razali Idris
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Razeef Rakimin mencabar Datuk Razali Idris untuk mengulangi kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkait hukum Islam tidak lagi menjadi kesalahan di Kelantan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 57
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748447971";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:15;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748631935";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748111224";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:3:{i:6;i:1;i:22;i:1;i:18;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748631935
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
‘Razali umpama 'tin kosong' yang terus dipelihara Muhyiddin’: Razeef | Scoop

‘Razali umpama ‘tin kosong’ yang terus dipelihara Muhyiddin’: Razeef

Razeef Rakimin mencabar Datuk Razali Idris untuk mengulangi kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkait hukum Islam tidak lagi menjadi kesalahan di Kelantan

9:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris hanya umpama ‘tin kosong’ apabila gagal memberikan sebarang hujah dalam mempertahankan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin, terhadap keputusan mahkamah berkait Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, kelmarin.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin berkata, sebaliknya Razali hanya memarahi Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, yang menegur Presiden Bersatu itu kerana menyebarkan berita tidak benar berkaitan isu berkenaan.

“Razali juga melabel Fahmi sebagai Menteri ‘setahun jagung’ selain memuji tinggi Muhyiddin dengan mengatakan bekas Perdana Menteri itu ialah mantan Perdana Menteri, mantan Timbalan Perdana Menteri dan mantan Menteri Besar serta beberapa portfolio menteri Kabinet.

“Beliau turut memuji Muhyiddin sebagai seorang yang sangat dihormati, berprinsip, integriti, benar dan berani. Namun dalam kenyataan Razali, beliau tidak memberi sebarang hujah bahawa apa yang dinyatakan Muhyiddin sebagai benar bagi menepis teguran Fahmi, sebaliknya hanya memarahi Fahmi dan memuji Muhyiddin.

“Saya berpandangan Razali hanya umpama ‘tin kosong’ yang terus dipelihara oleh Muhyiddin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah terbatal dan tidak sah.

Dalam keputusan penghakiman 8-1, panel hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan seorang peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Susulan keputusan itu, Muhyiddin mendakwa beberapa perbuatan yang bertentangan dengan hukum Islam tidak lagi menjadi kesalahan di Kelantan.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai kemudian menegur Muhyiddin kerana menyebarkan berita palsu.

Razali bagaimanapun menempelak Fahmi dengan menuduhnya sebagai celupar kerana menegur kenyataan Muhyiddin berkait keputusan Mahkamah Persekutuan kelmarin.

Bagaimanapun, Razeef berkata, kenyataan Muhyiddin satu fitnah kerana undang-undang Persekutuan memperuntukkan hukuman jauh lebih berat berbanding hukuman syariah Kelantan.

Susulan itu, beliau mencabar Razali untuk mengulangi kenyataan Muhyiddin bahawa menawarkan perkhidmatan maksiat, berkhalwat, sumbang mahram dan minum arak tidak lagi menjadi kesalahan bagi umat Islam di Kelantan.

“Saya mencabar Razali jangan hanya tahu berbunyi seperti tin kosong hanya untuk menyelamatkan tengkuk sendiri.

“Mungkin beliau ‘terpaksa’ bersuara selepas beberapa desakan dari akar umbi dan ‘cybertrooper’ Perikatan Nasional (PN) sendiri untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu,” katanya. – 11 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Former DBP chief, poet Firdaus Abdullah dies aged 79

Former Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) director-general Datuk Firdaus Abdullah, 79, who was also known as a writer and poet, died today

Kajang crime rate drops 13.5% thanks to community efforts: police chief

Resident associations, police efforts in crime prevention programmes prove highly effective, says Datuk Hussein Omar Khan

LGBTQ+ rights advocacy: Somebody else please, not Matty Healy

The troubled lead singer of British rock band The 1975 made global headlines this weekend following his outburst against the country’s laws governing LGBTQ+ activities during a performance at the Good Vibes Festival at the Sepang motorsport circuit on Friday.

Related