Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1707812152:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 167300
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:187:"Datuk Pandelela Rinong semalam mendedahkan kepada media, terdapat ‘gangguan’ terhadap skuad terjun negara sehingga mengakibatkan kegagalan mendapatkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => terjun
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan skuad terjun bagi mengetahui lebih lanjut berhubung kemelut dalaman yang
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 69
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 181
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751007867";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751007867
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Hannah jumpa skuad terjun dalam masa terdekat | Scoop

Hannah jumpa skuad terjun dalam masa terdekat

Datuk Pandelela Rinong semalam mendedahkan kepada media, terdapat ‘gangguan’ terhadap skuad terjun negara sehingga mengakibatkan kegagalan mendapatkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024

4:15 PM MYT

 

KUANTAN – Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan skuad terjun bagi mengetahui lebih lanjut berhubung kemelut dalaman yang berlaku dalam kem negara sehingga menjejaskan prestasi atlet di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, minggu lepas.

Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong semalam mendedahkan kepada media, terdapat ‘gangguan’ terhadap skuad terjun negara sehingga mengakibatkan kegagalan mendapatkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Saya akan jumpa mereka (atlet terjun) dalam masa terdekat, dan mendengar semuanya daripada mereka. Tapi seperti yang saya beritahu sebelum ini, kita sekarang dalam proses untuk melakukan pembaharuan bagi ekosistem sukan kita,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Siap Kerja Trek Sintetik Stadium Darul Makmur di sini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi & Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Fadzli Mohamad Kamal.

Pandelela gagal melayakkan diri dalam acara 10 meter (m) platform seirama bersama gandingannya Nur Dhabitah Sabri selepas menamatkan saingan final di tempat ke-12 daripada 16 peserta.

Pada Isnin lepas, atlet dalam program Road to Gold (RTG) itu memohon maaf atas kegagalannya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas terkandas pusingan kelayakan di Doha dalam acara 10m platform individu.

Sementara itu, Hannah berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sudah melakukan pelbagai pembaharuan termasuk memberikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada semua atlet selain jurulatih turut diberikan kenaikan gaji.

“… ada lagi ruang penambahbaikan dan kita akan jalankan lagi program ini sepanjang tahun untuk mendengar daripada kumpulan sasar iaitu atlet, jurulatih, Majlis Sukan Negara (MSN) kerana masing-masing ada justifikasi mereka kenapa benda ini dibuat sebegini tetapi kita akan dengarlah,” katanya.

Mengenai atlet di bawah program Road to Gold (RTG), Hannah berkata kerajaan telah menyediakan semua keperluan termasuk sumber kewangan kepada atlet yang layak dan mana-mana atlet yang bertanding.

“Sesiapa bertanding ada kemungkinan boleh menang ada boleh kalah…layakkan diri dulu. Proses itu masih berjalan antaranya untuk badminton…layakkan diri kemudian buat yang terbaik dan bersungguh-sungguh,” katanya.

Hannah turut memaklumkan KBS telah mengadakan perbincangan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi meringankan kos bayaran elektrik di kemudahan sukan seluruh negara.

Bagi menggalakkan warga emas kekal aktif bersukan, beliau berkata MSN telah diberikan mandat untuk mengadakan kejohanan terbuka bagi semua kategori umur termasuk bagi golongan veteran. – 13 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related