Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1707992679:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 168038
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:116:" Cadangan naik harga beras perlu melalui Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kawal Selia Padi dan Beras";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 329
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750644534";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:2;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751013627";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:8;i:1;i:12;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751013627
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
Beras Putih Malaysia Madani: Itu cadangan Naccol, Mat Sabu akan beri kenyataan Jumaat depan | Scoop

Beras Putih Malaysia Madani: Itu cadangan Naccol, Mat Sabu akan beri kenyataan Jumaat depan

Cadangan naik harga beras perlu melalui Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kawal Selia Padi dan Beras

11:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beras Putih Malaysia Madani yang akan dijual pada harga RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) hanyalah cadangan Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol).

Sumber Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berkata, satu kenyataan akan dikeluarkan Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu sebaik sahaja beliau pulang dari lawatan di Iran pada 23 Februari ini.

Menurutnya, kementerian juga akan memanggil semua pemegang taruh dan pemain industri bagi membincangkan dan mendengar pandangan berhubung cadangan berkenaan.

“Itu cadangan pihak dia (Pengerusi Pasukan Petugas Makanan di bawah Naccol, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal) kononnya nak buat satu gred (beras) dengan satu harga.

“Menteri sekarang berada di Iran, beliau akan pulang ke Malaysia pada 23 Februari (Jumaat depan). Selepas pulang nanti Menteri akan keluarkan satu kenyataan berkait perkara itu.

“Kita juga akan panggil semua pemain industri selepas kepulangan menteri, sebab kita dapat maklum balas semua pemain industri tidak menyokong cadangan itu sebab ia akan merosakkan industri,” katanya kepada Scoop hari ini.

Semalam, Syed Hussin berkata, kerajaan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani yang akan dijual pada harga RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) berkuatkuasa 19 Februari ini.

Serentak pengumuman itu, beliau berkata, kategori beras putih tempatan atau dikenali sebagai super spesial tempatan (SST) dan beras putih import (SSI) dimansuhkan.

Menurutnya, beras tersebut boleh didapati di pasaran mulai 1 Mac depan bagi memberi masa kepada pemain industri untuk membuat penyelarasan dari segi pembungkusan dan juga pemasaran.

Katanya, cadangan mengenai penetapan harga siling itu sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dipersetujui untuk dilaksanakan.

Sumber berkata, cadangan berkenaan juga tidak perlu menjadi isu, berikutan cadangan kenaikan harga beras atau harga siling beras dalam Akta 522, mesti melalui Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan atau Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras.

“Kalau ikut akta, ia tidak dibenarkan… tidak boleh ada pihak lain yang bertanggungjawab dalam hal ini.

“Dia (Syed Hussin) boleh menasihati kerajaan tetapi tertakluk kepada kerajaan sama ada nak bersetuju atau tidak.

“Dia juga kata Perdana Menteri turut bersetuju. Persoalannya, adakah ada hitam putih daripada PM sendiri?. Kenyataannya mengejutkan semua orang, jadi kita tunggu menteri balik dahulu,” katanya.

Terdahulu, susulan pengumuman Syed Hussin itu, beberapa pihak industri menggesa kerajaan memberi penjelasan lanjut berhubung pengumuman Syed Hussin itu.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, ini kerana kategori SST dan SSI yang dimansuhkan bagi menjadikan beras putih Malaysia Madani sebagai kategori tunggal tidak jelas.

Sementara itu, Ameer menuntut penjelasan Syed Hussin adakah selepas ini SST dan SSI akan diberhentikan sepenuhnya, berikutan pengumumannya hanya ada Beras Putih Malaysia Madani di pasaran. – 15 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related