Wanita tidak senang hati Ebit Lew paksa hantar gambar

Wanita itu berkata dia menyesal kerana pernah menjadikan Ebit Lew sebagai idolanya kerana pendakwah itu kini dilihat sebagai seorang pendosa

8:09 PM MYT

 

TENOM – Seorang wanita berusia 40-an hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dia berasa tidak senang hati apabila pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, memaksanya untuk menghantar beberapa keping gambar.

Saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu dalam kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew berkata demikian di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Analia Kamaruddin dalam pemeriksaan utama meminta saksi itu membacakan kandungan mesej yang dihantarnya kepada Lew iaitu “da msj kt IG” pada tangkap layar aplikasi WhatsApp.

Wanita itu berkata dia menghantar mesej tersebut untuk meluahkan rasa tidak senang hati dan berdosa kerana di belakang suami, dia melayan Lew yang memaksanya untuk menghantar beberapa keping gambar.

Antara kandungan mesej yang dihantar ialah “mesej ni pun just nak cakap je, langsung tidak minta maaf dengan saya sebab buat yang tidak sepatutnya dengan saya, paksa saya bagi gambar macam-macam, bodohnya saya ikut.”

Saksi itu berkata pada awalnya dia melihat tertuduh sebagai orang yang baik dan sentiasa membantu mereka yang memerlukan serta tidak menyangka Lew sanggup berbuat demikian kepadanya.

Wanita itu berkata dia juga menyesal kerana pernah menjadikan Lew sebagai idolanya kerana pendakwah itu kini dilihat sebagai seorang pendosa.

Pada prosiding hari ini, saksi itu selesai membuat pengecaman ke atas 436 keping gambar yang diekstrak daripada telefon bimbit miliknya.

Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung pada 20 Mei depan. – 15 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Akui jualan bisnes terkesan bila TikTok Shop ditutup, Luna Maya tetap sokong tindakan pemerintah yang mahu melindungi bisnes masyarakat lokal

Pelakon jelita Indonesia, Luna Maya mengakui keputusan kerajaan Indonesia untuk menutup Tik Tok Shop secara rasmi pada 4 Oktober lalu telah memberikan impak yang cukup besar kepada bisnes yang diusahakannya.

Related