Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1708088259:33
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 336
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 168625
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 33
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97379
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:160:"Himpunan 'Road to Putrajaya' yang bertujuan menuntut kadar bayaran kembali ke asal bagi penunggang GrabFood, sebelum ini menyasarkan kira-kira 10,000 penunggang";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => p-hailing
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kira-kira 50 penunggang p-hailing berkumpul di luar Kementerian Pengangkutan hari ini bagi menyerahkan memorandum berhubung rungutan mereka
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750756438";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751008501";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1751008501
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

)
'Road to Putrajaya 10,000': Hanya 50 penunggang p-hailing muncul di Kementerian Pengangkutan | Scoop

‘Road to Putrajaya 10,000’: Hanya 50 penunggang p-hailing muncul di Kementerian Pengangkutan

Himpunan 'Road to Putrajaya' yang bertujuan menuntut kadar bayaran kembali ke asal bagi penunggang GrabFood, sebelum ini menyasarkan kira-kira 10,000 penunggang

8:51 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Kira-kira 50 penunggang p-hailing berkumpul di luar Kementerian Pengangkutan hari ini bagi menyerahkan memorandum berhubung rungutan mereka.

Jumlah tersebut kurang daripada 10,000 orang yang disasarkan oleh persatuan sebelum ini.

Mohd Ali Nafiah, wakil penunggang terbabit menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengangkutan, Nor Fuad Abdul Hamid, di luar ibu pejabat kementerian, petang ini.

Bercakap kepada wartawan, Ali mendakwa, kebajikan penunggang terbabit diabaikan sejak kadar baharu dikuatkuasakan oleh syarikat pengendali p-hailing utama bulan lalu.

“Kami berterima kasih kepada kementerian dan ingin menekankan bahawa kami tidak meminta banyak hanya menuntut kadar bayaran kembali kepada asal,’’ katanya.

Himpunan ‘Road to Putrajaya’ hari ini, yang bertujuan untuk menuntut kadar bayaran kembali ke asal bagi penunggang GrabFood, sebelum ini menyasarkan kira-kira 10,000 penunggang.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor.

Mengulas lanjut, Ali berkata, pengurangan kadar bayaran asas RM1 dari bulan lepas telah menyebabkan pengurangan kepada pendapatan penunggang.

Protes itu diadakan di Kementerian Pengangkutan hari ini meskipun pertubuhan yang mewakili mereka telah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Sumber Manusia, bulan lepas.

Daripada 10,000 penunggang yang disasarkan, hanya kira-kira 50 orang hadir di luar Kementerian Pengangkutan di Putrajaya, hari ini untuk perhimpunan ‘Road to Putrajaya’. – Azim Rahman/Scoop, 16 Februari, 2024

Pertemuan itu diadakan pada 30 Januari lalu bagi menangani kebimbangan mereka terhadap struktur pembayaran.

Pertubuhan yang terlibat termasuk Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia (PPRPM) dan Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar).

Pertemuan itu diadakan susulan gerakan mogok oleh penghantar p-hailing bulan lalu berkaitan isu penurunan kadar harga penghantaran.

Menurut pihak yang berkaitan, mereka menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pro-Tem yang julung kali diadakan untuk aktivis gig (P-hailing).

Perbincangan itu sebagai maklum balas kepada rancangan menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (Segim), bertujuan memupuk dialog seimbang dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat.

Dalam pertemuan itu, PPRPM mengetuai perbincangan mengenai perkara utama, termasuk cadangan bayaran minimum. Bagaimanapun, kementerian menekankan mengenai autonomi platform, seperti Grab atau Food Panda, untuk menentukan bayaran, serta kebebasan pekerja gig menentukan di mana dan dengan siapa mereka mahu bekerja.

Selain itu, pegawai kanan kementerian menekankan kepentingan menyediakan strategi yang jelas untuk pekerja gig melalui peluang peningkatan kemahiran.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Kamarul Baharin Mansor memberi penerangan kepada sebahagian penunggang p-hailing yang hadir di Putrajaya hari ini. – Azim Rahman/Scoop, 16 Februari, 2024

Dalam mogok bulan lepas, kehadiran Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal telah bertukar menjadi pentas politik, namun beliau menafikannya sebaliknya mendakwa diajak untuk menyertainya oleh rider yang terlibat.

Timbalan Presiden Penghantar, Abdul Hakim Abdul Rani melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan GrabFood baru-baru ini, mengkritik tindakan syarikat itu sebagai ‘tidak bertanggungjawab sama sekali’.

Grab Malaysia, sebagai tindak balas kepada bantahan bulan lepas menekankan komitmennya untuk membuka komunikasi dengan rakan kongsi penghantar, menangani kebimbangan yang dibangkitkan mengenai struktur bayaran baharu yang dilaksanakan pada 16 Januari lalu.

Di sebalik usaha Grab untuk menangani kebimbangan dan meningkatkan tahap pendapatan penunggang, kehadiran peserta protes yang kurang memberangsangkan itu menunjukkan cabaran dalam mencapai kata sepakat dalam kalangan penunggang p-hailing, dan ia berkemungkinan didorong oleh pengaruh politik dan perspektif berbeza dalam persatuan mereka sendiri.

Kenyataan bercanggah daripada kepimpinan Penghantar juga menunjukkan kurangnya kesepakatan dalam persatuan berhubung mogok yang dilancarkan pada 16 Januari lalu oleh penunggang penghantaran Grab. – 16 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related