Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1708153595:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 249
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 168784
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:195:"Bagi pesakit yang hadir untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan (KK) dan kemudian di diagnos memerlukan rawatan susulan, pakar perubatan akan terus membuat surat rujukan kepada hospital KKM";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => kanser
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Tempoh menunggu bagi rawatan kanser di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) sekurang-kurangnya mengambil masa paling lewat sebulan, kata
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 19
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753351337";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:10;i:1;}}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1753437562";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1753437562
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Tempoh menunggu rawatan kanser paling lewat sebulan, bergantung kesihatan pesakit | Scoop

Tempoh menunggu rawatan kanser paling lewat sebulan, bergantung kesihatan pesakit

Bagi pesakit yang hadir untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan (KK) dan kemudian di diagnos memerlukan rawatan susulan, pakar perubatan akan terus membuat surat rujukan kepada hospital KKM

3:03 PM MYT

 

CYBERJAYA – Tempoh menunggu bagi rawatan kanser di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) sekurang-kurangnya mengambil masa paling lewat sebulan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata bagaimanapun ia bergantung kepada tahap kesihatan dan keseriusan kes pesakit.

Katanya bagi pesakit yang hadir untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan (KK) dan kemudian di diagnos memerlukan rawatan susulan, pakar perubatan akan terus membuat surat rujukan kepada hospital KKM.

“Kalau dinyatakan sebagai kecemasan perubatan, dia segera akan dirawat. Kalau tidak pun, dia diberikan masa paling lewat sebulan tapi ia bergantung kepada keseriusan kes tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia, di sini hari ini.

Beliau berkata KKM juga turut menjalin kerjasama dengan fasiliti perubatan swasta dan hospital universiti seperti Hospital Universiti Sains Malaysia di Kelantan bagi rawatan kanser sebagai usaha untuk mengurangkan waktu menunggu.

Beliau berkata terdapat sembilan fasiliti KKM yang menawarkan perubatan onkologi antaranya Hospital Kuala Lumpur, Institut Kanser Negara dan Hospital Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata kes kanser di Malaysia juga semakin meningkat iaitu sebanyak 168,822 kes dilaporkan menerusi Registri Kanser Malaysia bagi tempoh lima tahun dari 2017 hingga 2021 dengan kanser payu dara, kolorektal, paru-paru, limfoma dan hati adalah lima kes kanser tertinggi direkodkan.

Mengambil kira angka kes itu, beliau menyeru semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama kerajaan dalam membantu aspek penjagaan kanser serta memberi sokongan kepada pesakit.

Hari Kanser Sedunia disambut pada 4 Feb setiap tahun dengan tema kempen tahun ini ‘Merapatkan Jurang Penjagaan Kanser’. – 17 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s economic turnaround under Anwar’s leadership – Benjamin Laker

Nation’s 10th prime minister inherits a huge challenge to revive the nation after a global pandemic and longstanding systemic issues

Suhakam’s grudge against death penalty should not be with the judiciary – Hafiz Hassan  

Human Rights Commission should direct their grievances to the legislature instead as the court ruled according to the law

Shuhaily new Bukit Aman CID director

Kuala Lumpur police chief Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain has been appointed as the Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) director effective August 30

Related