Mayat warga emas ditemui atas bumbung

Tiada unsur jenayah dikesan dan punca kematian disebabkan saluran darah tersumbat

5:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki warga emas ditemui di atas bumbung sebuah rumah kedai empat tingkat di Taman Cahaya, Ampang dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira 7.08 malam berhubung penemuan mayat tersebut.

Menurutnya, sepasukan anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) digerakkan ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.

“Pihak polis dengan bantuan bomba menggunakan jentera bomba naik ke atas bumbung rumah kedai terbabit dan menemui mayat mangsa.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dan pengesahan kematian dibuat sepasukan anggota perubatan Hospital Ampang yang hadir di lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, anggota bomba membawa turun mayat mangsa dan kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk proses bedah siasat.

Katanya, hasil bedah siasatan mendapati kematian berpunca daripada saluran darah tersumbat.– 17 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Google published inaccurate USD/RM exchange rate, again: BNM

Bank Negara Malaysia today dismissed the inaccurate ringgit exchange rate data circulating on social media, which was based on an erroneous USD/RM exchange rate Diterbit by Google on Friday, Mac 15. 

No plans to license smaller social platforms, implement ID verification: Teo

Deputy communications minister says most cyber crimes happen on more prominent platforms, reiterates consultations were made and denies claims in AIC open letter

‘Why is Ebit Lew there?’ Viral umrah send-off video sparks controversy

Criticism grows as the controversial preacher, facing sexual offence charges, is seen sending off pilgrims at KLIA

Related