PAS sokong inisiatif MKI, nada berbeza Takiyuddin selepas kenyataan ‘Black Friday’

PAS mengalu-alukan inisiatif MKI dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah

11:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polemik dan perdebatan dalam kalangan umat Islam berkaitan kedudukan serta masa depan undang-undang syariah menuntut penyelesaian segera lagi efektif bagi menghindar kesan buruk yang lebih besar.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, atas konteks itu, parti itu mengalu-alukan dan menyokong inisiatif Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Ini termasuklah usaha Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengkaji dan mencadangkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Persekutuan jika perlu bagi mengatasi permasalahan yang timbul.

“Selain memastikan kuasa badan perundangan negeri untuk menggubal undang-undang syariah termaktub secara jelas tanpa kekaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bukan rahsia lagi polemik itu berpunca daripada beberapa keputusan dan alasan penghakiman mahkamah yang menyaksikan undang-undang syariah negeri-negeri bukan sahaja tercabar malah terbatal, seterusnya terdedah kepada kemungkinan pembatalan lain pada masa akan datang.

“Sebagai sebuah masyarakat Islam yang menerima syariah bukan sahaja sebagai suatu tanggungjawab tetapi juga hak agama, PAS percaya semua langkah ke arah memartabatkan undang-undang syariah mesti diambil dan diberi dukungan penuh tanpa mengira pihak, parti atau kumpulan.

“Dalam hal ini, PAS yakin Raja-Raja Melayu sebagai ketua negara dan negeri-negeri yang memikul peranan sejarah yang utama sebagai obor serta payung agama, budaya, keunggulan nilai dan susila serta perpaduan dan kerukunan umat akan terus mendapat sokongan dan dukungan rakyat jelata terutama umat Islam,” katanya.

Takiyuddin berkata, PAS turut mengalu-alukan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar bahawa kerajaan akan membawa Rang Undang-Undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) di Parlimen pada tahun ini.

“PAS berharap semua pihak berkepentingan yang juga bersifat rentas parti seharusnya dijemput untuk sama-sama memberi pandangan bagi memastikan hasrat mempertingkatkan bidang kuasa mahkamah syariah dapat direalisasikan,” katanya.

Sebelum ini, kenyataan ‘Black Friday’ pemimpin PAS itu sejurus selepas keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 dikecam ramai pihak.

Beliau menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan itu sebagai sejarah hitam buat undang-undang syariah Islam di negara ini.

“Kita amat sedih hari ini. Ini ‘Black Friday’… Jumaat yang hitam kepada undang-undang syariah Islam, itu yang kita boleh gambarkan,” katanya. – 18 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen: Fadillah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Ipoh’s creative scene makes it to Unesco Creative Cities Network listing 

Perak’s capital city, Ipoh, can now boast of being the first city in Malaysia to have its media, arts, and music scene recognised by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation.

Full trial for Sabah Law Society vs Putrajaya over state’s 40% grant

Federal Court dumps Attorney-General’s bid to stop the society’s judicial review against federal government over state’s revenue rights under the Malaysia Agreement 1963

Related