Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1708415956:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 173
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 169774
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:126:"Pelaksanaan semua inisiatif KKR bertepatan lima inisiatif Ikrar Tindakan KKR di bawah Kerangka Strategi Malaysia Madani (KSMM)";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Alexander
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan, usaha meningkatkan mutu infrastruktur di seluruh negara memerlukan
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 67
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750987939";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750558289";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:4:{i:9;i:1;i:14;i:1;i:11;i:1;i:2;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750987939
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
KKR utamakan semua negeri untuk beri kualiti infrastruktur terbaik: Alexander | Scoop

KKR utamakan semua negeri untuk beri kualiti infrastruktur terbaik: Alexander

Pelaksanaan semua inisiatif KKR bertepatan lima inisiatif Ikrar Tindakan KKR di bawah Kerangka Strategi Malaysia Madani (KSMM)

3:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan, usaha meningkatkan mutu infrastruktur di seluruh negara memerlukan kerjasama di antara kerajaan Pusat dengan negeri.

Beliau berkata, tanpa sikap ‘berganding bahu’ itu, tidak mungkin segala usaha berkenaan boleh dilakukan bersendirian mana-mana pihak.

“Mana mungkin kita boleh lakukan segalanya bersendirian kerana kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu berganding bahu demi kesejahteraan rakyat.

“Terjah bukan menunjuk amarah, terjah kami kerana amanah,” katanya menerusi Facebook bagi mengulas kunjungan hormat daripada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama delegasinya dari Johor semalam.

Alexander berkata, kunjungan Onn Hafiz itu adalah bagi membincangkan mengenai kerjasama antara kerajaan Persekutuan dengan negeri dalam usaha menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur jalan raya, demi keselesaan serta keselamatan pengguna.

Menurutnya, dalam perbincangan hampir sejam dan dihadiri pengurusan tertinggi serta pegawai kedua-dua pihak, banyak perkara diperhalusi terkait isu jalan raya di negeri berkenaan.

Perkara lain turut diperhalusi, katanya, adalah mengenai pembangunan projek infrastruktur yang bakal memberi limpahan sosio ekonomi kepada rakyat di Johor secara khususnya dan rakyat Malaysia Madani secara amnya.

“Ketika pertemuan itu, sejumlah RM293.7 juta diluluskan dan diperuntukkan KKR untuk Johor pada 2024, bagi pelaksanaan kerja penyenggaraan jalan, cerun dan bangunan Persekutuan.

“Manakala terdapat 11 projek di bawah RMKe-12 diluluskan membabitkan kos RM2.14 billion.

“Tentunya pelaksanaan semua inisiatif ini bertepatan dengan lima inisiatif Ikrar Tindakan KKR di bawah Kerangka Strategi Malaysia Madani (KSMM) yang dibentangkan dalam sesi permukiman Jemaah Menteri pada 18 Januari lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Alexander berkata, usaha menyalurkan peruntukan bagi meningkatkan infrastruktur jalan raya bukan hanya tertumpu di Johor, sebaliknya ia turut dilaksanakan di negeri lain.

“Perlu ditekankan, usaha ini (meluluskan peruntukan) bukan hanya tertumpu di Johor sahaja. Negeri lain turut diberi keutamaan sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, Alexander menyifatkan Onn Hafiz sebagai pemimpin bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan infrastruktur rakyat sentiasa diberi perhatian.

Beliau turut berkongsi kata-kata Onn Hafiz yang masih diingatinya bahawa nyawa setiap manusia amat berharga.

Jadi, katanya, Onn Hafiz memaklumkan, segala masalah berkaitan keselamatan pengguna jalan raya, perlu menjadi prioriti.

“Nyawa orang. Why does it take almost one year to settle (mengapa ambil masa hampir setahun untuk selesaikan)?.

“Pertemuan saya bersama Menteri Besar Johor semalam cukup bermakna. Banyak usaha dirancang bagi meningkatkan mutu infrastruktur jalan raya di Johor.

“Semoga kami berdua dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan baik untuk rakyat,” katanya. – 20 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Pencerobohan hutan di Raub: SPRM siasat sejak 2021

Azam berkata siasatan yang dijalankan berhubung pencerobohan tanah di Raub, Pahang adalah kesinambungan daripada siasatan yang dijalankan sejak 2021

Google sekali lagi terbit data tidak tepat pertukaran nilai ringgit, dolar Amerika Syarikat

Bank Negara Malaysia (BNM) tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran mata wang yang sedang tersebar menerusi media sosial antara dolar Amerika Syarikat (AS$) dan ringgit Malaysia (RM) yang salah diterbitkan Google pada semalam

Kuala Kubu Baharu poll results expected at 9pm, earlier than planned: EC deputy chief

Commission targets 70% voter turnout although trend shows lower rate in by-elections compared to state elections

Related