Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1708578447:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 170450
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:97:"Kesemua penduduk asal terbabit dijanjikan pampasan penempatan di Rumah Selangorku Seri Temenggung";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Sri Makmur
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kira-kira 114 keluarga di Kampung Sri Makmur, Gombak mampu menarik nafas lega selepas mereka diberikan masa sehingga sambutan Aidilfitri
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 65
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 363
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750998658";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:4;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750998658
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
23 keluarga di Kampung Sri Makmur diberi masa sehingga Aidilfitri ini untuk mengosongkan rumah | Scoop

23 keluarga di Kampung Sri Makmur diberi masa sehingga Aidilfitri ini untuk mengosongkan rumah

Kesemua penduduk asal terbabit dijanjikan pampasan penempatan di Rumah Selangorku Seri Temenggung

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kira-kira 23 keluarga di Kampung Sri Makmur, Gombak mampu menarik nafas lega selepas diberi masa sehingga sambutan Aidilfitri, April ini sebelum mengosongkan kediaman, seperti yang diarahkan oleh mahkamah.

Mereka sebelum ini diminta mengosongkan kediaman berdasarkan notis pengosongan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam, dengan penduduk diminta mematuhi arahan pengusiran berkenaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh 7 Februari hingga semalam.

Bercakap kepada Scoop, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Perantau Sri Makmur (PPSM), Noora Mustafa berkata, penduduk dibenarkan menetap di kediaman masing-masing sehingga selepas hari raya Aidilfitri.

Beliau berkata, itu jaminan diberikan pihak kerajaan negeri susulan permohonan dibuat pihaknya menerusi satu surat sebelum ini.

“Malam tadi Setiausaha Politik (Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari), Rahim Kasdi telah memaklumkan sebarang kerja perobohon perlu mendapat kebenaran Menteri Besar.

“Jadi perobohan hanya akan dilakukan selepas proses pemilihan nama-nama mereka yang layak (terima pampasan) iaitu warga asal di situ dan selepas raya ia (rumah) akan dirobohkan.Terima kasih kerajaan negeri kerana bertimbang rasa,” katanya.

Beliau berkata, semua 23 penduduk asal terbabit dijanjikan pampasan penempatan di Rumah Selangorku Seri Temenggung dengan 30 rumah disediakan.

“Jadi terdapat baki tujuh lagi kekosongan untuk penduduk asal dan proses pemilihan itu yang sedang dilakukan kini,” katanya.

Ditanya kenapa pemilihan nama mereka yang layak menerima pampasan itu memakan masa, Noora berkata, ini kerana ada satu lagi senarai nama penduduk yang disediakan oleh kumpulan lain.

“Sebab itu kita nak lihat senarai akhir sebab kita tidak mahu ada pihak yang pernah menerima pampasan wang tunai sebelum ini, turut menuntut pampasan rumah pula,” katanya.

Semua 23 keluarga penduduk asal dijanjikan pampasan penempatan di Rumah Selangorku Seri Temenggung dengan 30 rumah disediakan. – Gambar Facebook Khidmat Gombak, 22 Februari, 2024

Terdahulu, pengusiran keluarga terbabit yang menetap di tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu adalah bagi memberi laluan kepada pembangunan kondominium.

Susulan itu, Noora telah membuat laporan polis, pada 7 Februari lalu iaitu hari yang sama penduduk di kawasan Taman Sri Gombak itu menerima notis untuk mengosongkan rumah selewat-lewatnya pada jam 9 pagi, 21 Februari.

Salinan laporan polis itu dikongsi bersama Scoop oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham, yang turut berkongsi surat bertarikh 9 Februari yang ditujukan kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin, yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Hilman berkongsi surat tersebut sebagai jawapan kepada kenyataan awal hari ini oleh Parti Hijau Malaysia yang menggesa Amirudin dan PKNS campur tangan bagi menghalang pengusiran itu.

Surat itu yang ditandatangani oleh Noora selaku jawatankuasa bertindak, menyatakan rungutan penduduk dengan perintah pengusiran dan laporan polis itu akan ‘digunakan untuk mempertahankan’ rumah mereka daripada dirobohkan. Surat itu ditanda sebagai diterima oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak pada 16 Februari lalu.

Menurut Noora, pampasan penempatan di Sri Temenggung Rumah telah dijanjikan semasa pertemuan antara wakil kerajaan negeri dan persatuan itu pada 16 November tahun lalu. – 22 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related