PM ingatkan Ahli Parlimen jaga etika, kualiti perbahasan sepanjang sesi Dewan Rakyat

Sesi tersebut memberi ruang buat semua Ahli Parlimen untuk menyentuh mengenai pelbagai isu semasa yang mendesak terutama melibatkan kepentingan rakyat

5:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua Ahli Parlimen kerajaan supaya memastikan kualiti perbahasan dan etika sepanjang persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung mulai esok sehingga 27 Mac ini.

Perkara berkenaan ditekankan oleh Perdana Menteri menerusi amanat dalam pertemuan beliau pada sesi Pra Persidangan Dewan Rakyat bagi persediaan Mesyuarat Pertama 2024 di Putrajaya, hari ini.

“Dalam amanat, saya tegaskan supaya semua Ahli Parlimen Kerajaan memastikan kualiti perbahasan dan menjaga tatasusila sepanjang persidangan Dewan Rakyat berlangsung sehingga 27 Mac depan,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahli-Ahli Parlimen tersebut turut diberikan taklimat berkaitan perjalanan Parlimen daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Sesi itu turut menjadi ruang bagi semua Ahli Parlimen untuk menyentuh mengenai pelbagai isu semasa yang mendesak terutama melibatkan kepentingan rakyat.

Ia juga dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta barisan Jemaah Menteri pada sesi perbincangan yang diadakan selama kira-kira tiga jam, bermula pada 9.30 pagi.

Dalam pada itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, ketika dihubungi media berkata, dalam perbincangan itu Anwar turut menekankan agar semua Ahli Parlimen menjaga kehadiran dan menjalankan perbahasan dengan etika.

Perdana Menteri berkata, persidangan Dewan Rakyat menjadi ruang buat Ahli Parlimen untuk menyentuh mengenai pelbagai isu semasa yang mendesak terutama melibatkan kepentingan rakyat. – Gambar Facebook Anwar Ibrahim, 25 Februari, 2024

“Perdana Menteri ingatkan kehadiran, perbahasan mesti baik dan berasas…taklimat lain adalah daripada Azalina.

“Ia juga berkaitan soalan dan rang undang-undang (RUU),’’ katanya.

Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 pada Isnin ini akan menyaksikan titah sulung Sultan Ibrahim menjadi tumpuan selepas dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari lalu.

Sebelum urusan Titah Diraja berlangsung di dalam Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dijadual berangkat ke Dataran Parlimen bagi istiadat pemeriksaan kawalan kehormatan.

Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan kali ini akan berlangsung selama 19 hari dengan tumpuan kepada perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-Ahli Parlimen dari 27 Februari hingga 7 Mac diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 11 Mac.

Persidangan kemudian akan diteruskan dengan pembentangan rang undang-undang. – 25 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

MAHB posts over 11 mil in total passenger movements for Feb 2024

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) showed an unusually strong growth momentum with a record of 11 million passenger movements in February 2024 despite the shorter month.

MetMalaysia alert: thunderstorms to lash multiple states

Meteorological Dept warns that thunderstorms and heavy rain are expected in nearly all states until at least 6pm today

Sime Darby exits healthcare business with RM2.84 bil deal

Sime Darby Bhd is exiting the healthcare business by selling its entire 50% equity interest in Ramsay Sime Darby Health Care Sdn Bhd (RSDH) to Columbia Asia Healthcare Sdn Bhd for RM2.84 billion.

Related