Kerajaan perlu bertindak bijak, seimbang tangani kejatuhan ringgit: PM

Pendekatan yang digunakan tidak harus membebankan rakyat tetapi pada masa sama mengekalkan keyakinan pelabur

7:26 PM MYT

 

KUALA SELANGOR – Kejatuhan nilai ringgit adalah cabaran yang serius dan memerlukan kerajaan bertindak dengan pendekatan yang bijak agar tidak membebankan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pada masa yang sama, kerajaan perlu mengambil pendekatan seimbang untuk mengekalkan keyakinan pelabur.

“Apabila nilai ringgit jatuh, antara cadangan yang diberikan ialah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

“Namun, tindakan ini boleh menyebabkan kadar faedah untuk pinjaman kenderaan, pinjaman rumah dan pinjaman kepada peniaga kecil meningkat.

“Hal ini boleh meningkatkan beban hutang kepada golongan seperti ini,” kata beliau pada perasmian penutup Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor di sini hari ini.

Perdana Menteri menjelaskan pengalaman pada tahun 1998 apabila kadar OPR dinaikkan adalah kerana ketika itu kadar inflasi naik mendadak dan pelaburan yang amat berkurangan.

“Oleh itu, tindakan untuk mengawal kejatuhan nilai ringgit pada ketika ini harus diambil dengan berhati-hati.

“Keadaan ekonomi terkini menunjukkan bahawa walaupun nilai ringgit turun, inflasi juga turun dan pelaburan negara meningkat.

“Sebagai contoh, pelaburan pada 2023 mencatatkan jumlah yang tertinggi dalam sejarah, menunjukkan kepercayaan pelabur terhadap kestabilan politik dan dasar ekonomi negara,” katanya.

Anwar berkata, kestabilan politik Malaysia dan dasar ekonomi yang jelas adalah faktor penting yang dapat menarik pelabur dan polisi sebegini perlu dikekalkan untuk menjaga kebajikan rakyat dan mengekalkan keyakinan pelabur untuk terus melabur di Malaysia. – 25 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related