Arab Saudi bagi amaran, denda hingga lebih RM60,000 jika laksana haji tanpa permit

Warga asing yang melanggar peraturan akan dipenjarakan enam bulan, diusir dari negara berkenaan dan dilarang memasuki semula Arab Saudi selama 10 tahun

10:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kerajaan Arab Saudi memberi amaran akan mengenakan hukuman berat kepada mereka yang mengerjakan haji tanpa permit.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menekankan, jemaah haji yang melaksanakan haji tanpa permit adalah salah dan boleh didenda sebanyak SAR50,000 (RM63,763), demikian lapor Gulf News.

Sebagai tambahan, katanya, individu yang ditangkap membawa jemaah tanpa permit juga akan dikenakan denda sehingga SAR50,000.

“Denda yang ketat itu diperkenalkan bagi memastikan kelancaran musim haji 2024 ini,’’ lapor media berkenaan.

Sementara bagi warga asing yang didapati bersalah melanggar peraturan tersebut akan dipenjarakan selama enam bulan dan diusir dari negara berkenaan.

“Mereka akan dilarang memasuki semula Arab Saudi selama 10 tahun,” katanya.

Ia akan dilaksanakan dengan kerjasama Direktorat Am Pasport Arab Saudi dan bakal memberikan impak yang teruk bagi mereka yang didapati melanggar peraturan haji.

Arab Saudi mula mengenakan hukuman tegas bagi kesalahan operasi haji tanpa permit sejak tahun 2013. – 25 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

Related