Agong titah rangka dasar perkukuh perpaduan, ‘masih ada gagal memahami budaya kaum berbeza’

Sultan Ibrahim bertitah supaya semua lapisan masyarakat menjaga keharmonian negara serta tidak memainkan isu sensitif membabitkan raja, kaum dan agama

1:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan dititah merangka satu dasar ke arah membentuk perpaduan rakyat yang lebih kukuh dan harmoni di negara ini.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, dasar itu penting memandangkan hubungan perpaduan antara kaum ketika ini, masih belum sempurna.

Titahnya, masih ada generasi yang gagal menguasai bahasa Melayu dan memahami budaya kaum berbeza.

“Saya perhatikan setelah 60 tahun Malaysia dibentuk, hubungan perpaduan antara kaum masih belum sempurna kerana masih ada generasi hari ini, gagal menguasai bahasa kebangsaan dan memahami budaya hidup kaum lain.

“Oleh itu, saya menyeru kepada kerajaan untuk merangka satu dasar ke arah perpaduan rakyat yang lebih kukuh dan harmoni.

“Pepatah Melayu ada menyebut lentur buluh biarlah dari rebung yang bermaksud, jika kita nak melahirkan generasi masa depan yang bersatu padu dan saling memahami, kita mesti membentuk mereka sejak dari kecil,” katanya.

Justeru, Sultan Ibrahim bertitah supaya semua lapisan masyarakat menjaga keharmonian negara serta tidak memainkan isu sensitif membabitkan raja, kaum dan agama.

Perlembagaan, titahnya, mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan ia akan terus kekal terpelihara.

Namun, baginda bertitah, agama lain boleh diamal dengan aman tetapi tidak boleh disebar kepada orang Islam.

“Oleh itu jangan ada mana-mana pihak cuba gugat atau politikkan asas Perlembagaan ini.

“Saya berpuas hati dengan usaha kerajaan dalam menyelesaikan perkara berkaitan perjanjian Malaysia 1963 dan berharap, agar ia memenuhi hasrat serta aspirasi demi kemakmuran bersama,” titahnya. – 26 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

1MDB trial: Aug 20 fixed for CoA hearing on Najib’s bid to recuse judge Sequerah

The Court of Appeal has fixed Ogos 20 to hear Datuk Seri Najib Razak’s appeal to recuse judge Datuk Collin Lawrence Sequerah from presiding over the ongoing RM2.27-billion 1Malaysia Development Bhd (1MDB) corruption trial

Cops arrest three mule account holders, duped victims of RM300,000

Victims report on suspects after making transactions online to different bank accounts

Unity govt ‘colour blind’ when supporting opposition states during disasters: Zahid

The unity government has never marginalised any opposition-ruled states in the provision of humanitarian aid during disasters, said Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Related